Thursday, March 20, 2008


Salam Perkenalan


Assalamualaikummmmmmmmm………



Hi apa kabo semua……mmmmm leceh betul ler orang berblog akupun tak nak ketinggalan jugak, tapi bila nak create blog tak paham-paham…..ehehehhehe….actually 3 tahun lepas aku penah bertanyakan pada SHE sahabat cyberku yang dikasihi, tapi oleh kerana masa sangat mencemburui aku (cewahhhh macam orang koperat lah pulak). Maka tergantunglah blog aku. Bila tak berapa bz barulah nie aku mencuba sekali lagi itupun hasil dari pertolongan adik angkat kesayangan aku ‘Apple Tree’ yang telah bersusah payah meolong aku . Tima acih ler banyak-banyak kerana meolong akak nie…… Akak nie bab-bab IT nie ada lembab sikit ehehhe…walaupun sekarang nie zaman IT tapi aku nie bukanlah orang yang beriya-iya sangat nak tau semuanya…ehehehe malas ler tuh.

Sebenarnya tujuan aku berblog ini ialah saje je….. saje saje…… nak menambahkan lagi ilmu pengetahuan, mencari kenalan ataupun kenalanku yang dah lama lenyap…..so kot-kot dia terbaca ke blog aku nie leh lah balik menjalinkan hubungan yang dah lama terputus dan mungkin terpisah lautan kot…manaler tau….. di samping itu jugak aku ingin merakamkan detik perjalanan hidup aku sekeluarga yang manis, pahit, suka duka ataupun lucu…….

Aku ni seorang yang telah berpunya….senang citer telah bersuami kepada seorang suami yang sangat menyayangi diriku….(sayang ke …ehehhehe…) anyway hubby aku seorang yang sangat baik hati, pengasih dan very understanding….. paling best dia ringan tulang …opsss….. aku seorang surirumah suku masa kerana selebihnya aku adalah seorang wanita yang bekerja. Kegemaranku adalah memasak dan menjahit. Di masa lapang aku gemar memasak ataupun menjahit selain dari menghabiskan masa bersama keluarga bersantai-santai……


Aku sangat bersyukur kerana aku dikurniakan sepasang cahaya mata yang menjadi permata hidupku dan hubby. Aku berdoa agar anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta dijauhkan Allah dari perkara-perkara maksiat……. Amin

1 comment:

adam khong said...

Salam. with your intro and story, you can give chef Wan a run for his money.
May ALLAH Bless You And Your Family

Hj Adam