Wednesday, March 26, 2008

Sup Pahang dari Beserahhh

Rancangan seterusnya...............

Assalamaualaikummmm .........Bertemu lagi kita kali ini..... Apa kabar Puan-Puan sekelian...... mama harapkan semoga Puan-puan semua berada dalam keadaan sehat semuanya di samping keluarga tersayang. Baiklah kali ini mama akan menunjukkan satu lagi resepi istimewa khas dibawakan dari Beserah, Pahang. Resepi ini telah diberikan oleh seorang kawan baik mama yang sedang merantau di Pahang Darul Makmur iaitu di Beserah....... beliau ialah Yang Berbahagia Puan Norizah...... Resepinya sangat mudah sekali ya puan-puan. Ianya tidak ditumis dan tidak menggunakan minyak langsung. Jadi bagi penggemar daging mama rasa resepi ini sangat sesuai sekali....... cewahhhhhhhh macam jadi chef jemputan pulak untuk rancangan TV...ehehehhehehhe...amacam boleh tak ...Nor...Azhar...jangan marah arrr....nanti kene jual.

Baiklah tanpa membuang masa marilah kita bersama Puan Norizah, beliau akan menunjukkan bagaimana cara memasak Sup tanpa tumis ini ya.......... Silakan Puan Norizah........



Alamak mana lak Nor nie...... sembunyi lak dia bawah meja....... Nor...Nor...sinilah orang nak shooting untuk rancangan Mari memasak bersama mama nie....Nor u jangan rosakkan program i nie...alamak Nor...........



kejap-kejap camera man.....CUTTT...CUTTTTTTTTTTTTT......................




RANCANGAN TERGENDALA SEBENTAR



tut....tut....tut..........




----------------------------------------------
----------------------------------------------
----------------------------------------------
----------------------------------------------
----------------------------------------------




Minta maaf ya Puan-puan, Puan Norizah tak dapat bersama kita dalam program masakan ini sebab beliau nie pemalu........... tak apalah walaubagaimanapun mama akan tetap meneruskan rancangan ini juga walaupun Puan Norizah tak mahu keluar dari tempat persembunyian beliau dari bawah meja........


Baiklah Puan-puan ini dia bahan yang kita perlukan :-





1 kg tulang lembu yang fresh (tulang yg fresh ini sangat manis rasanya, harganya mungkin mahal sedikit tapi rasanya sangat enak.... mama selalu mendapatkan tulang fresh ini di Pasar Tani Stadium Larkin......











2 bungkus sup bunjut tulang
Pek kak
buah pelaga
kulit kayu manis
bunga lawang.
lada putih .......kenal tak dengan rempah ratus semua nie...kalau korang tak kenal nampak sah ler tak penah ke dapur tuh....



Daging yang telah dicuci bersih tadi dimasukkan ke dalam pot ya
puan-puan bersama-sama dengan rempah ratus di atas itu... tuuuu tuuu atas tu....mata tu tengok tempat lain pulak.....asal tengok camera man lak....dia dah kawin daaaa........
Setelah Puan-puan memasukkan semua bahan-bahan tersebut kemudian tutuplah dan kuncilah pot tersebut dan biarkan dia masak. Kunci...alamak ......main kunci-kunci lak...ada adegan yang kene tutup mata ke...takler...guna pressure kene kunci macam tuh.....




Jika Puan-puan menggunakan pressure cooker seperti
dalam TV nie.....Puan-puan tak perlulah mengambil masa yang lama ya untuk menanti daging ini empuk. Puan-puan akan mengetahui apabila daging ini telah masak pot ini akan mengeluarkan bunyi wisel....... macam nie..... Ya Ali Baba sekarang jam telah meunujukkan ke pukul 12.00, bolehkah saya meniup wisel ini......saya tak boleh tidur sekiranya saya tidak meniup wisel ini....suka ati saudaralah berapa banyak saudara nak tiup kan wisel nie saudara boleh tiuplah ............................Whiettttttttttttttttttttttttttt....whietttttttttttttttttttttttttttttttttttttt....... eh mana penyamun-penyamun ni............. Bila wisel dah berbunyi tandanya daging telah masak. Matikan api dan biarkan dalam masa 15 minit kemudian barulah Puan-puan boleh membuka punat di atas penutup tudung pot tersebut bagi memberi laluan wap keluar sebelum membuka tudung pot tersebut, tetapi jikalau Puan-puan menggunakan periuk biasa Puan-puan hendaklah memasak tulang daging tersebut lebihkurang dalam 2 jam dengan tidak boleh membuka tudung periuk. Ingat ya.....sup ini ketika sedang dimasak tidak dibenarkan membuka tudung periuknya...sebabbbbbbbbbbbbbbb.....sebabnya resepi ini diberikan oleh Puan Norizah yang pemalu...jadi supnya pun pemalu jugak.............. tak nak tonjolkan diri.......... Kemudian Puan-puan bolehlah memasukkan kesemua bahan
-bahan ini ke dalam pot yang berisi daging tadi.
Bahan-bahannya adalah seperti ini:
2 batang serai yang dititik
2 inci halia juga dititik
2 ulas bawang putih dititik
5 tangkai cili padi kampung juga dititik...cili padi ini boleh mengikut citasa Puan-puan ya....kalau suka pedas bolehlah Puan-puan menambahkannnya lagi ya.... perlu diingatkan di sini jika Puan-puan menggunakan periuk biasa bahan-bahan ini hendaklah dimasukkan sekaligus dengan daging yang kita telah rebuskan dahulu tadi. Tak perlu membuat begini. Mama lakukan begini kerana pressure cooker cepat masak so mama terpaksa melakukan 2-3 kali proses merebus.
Masukkan juga bahan-bahan ini. bahan-bahan ini terpulang kepada Puan-puan ya untuk menambahkan apa-apa sahaja jenis sayuran yang Puan-puan suka.....bahan-bahan yang mama sediakan di sini adalah seperti:-
3 biji buah tomato...tu perlu ya..... favourite mama nie....
2 biji bawang besar
5 biji kentang
1 batang lobak merah
kesemua bahan ini hendaklah dipotong baji

Masukkan kesemuanya seperti di sini....Jika suka Puan-puan bolehlah juga memasukkan dalam 3 sudu besar rempah sup serbuk ya.... terpulanglah mengikut selera masing-masing...begini ya puan-puan......

















perahkan limau kasturi ke dalam sup ini ya Puan-puan








Akhir sekali rebuslah sekali lagi apabila kesemua bahan-bahan telah Puan-puan masukkan. Puan-puan boleh mengagak ya berapa lama kerana sayur-sayuran ini akan cepat masak. Mama mengambil masa selama 10 minit dengan menggunakan pressure cooker ini bagi mengempukkan kentang.


*
Wah......cuba korang tengok pressure cooker nie....sayang benar mama dengan bendalah nie......bagi mama sangat berharga kerana harganya.............amatlahhhhh tak dapat dibeli oleh sesiapapun sekarang nie......kenapa ma......mahal ke...weiiiii kaya ek mama...cuma mama sorang je ke dapat beli periuk nie.........orang lain tak mampu ke.....nie sadur emas putih ke mama...bape ma...mama beli periuk nie...cakap ler mama..... cakap ler...hishhhh seganlah mama nanti orang bercakap ler pulak kalau mama bagitau harga dia..... tak mau ler maluler...alah mama cakap ler ...cakap ler..... kamipun nak beli jugak....korang takkan dapat membelinya lagi .........korang tak mampu nak beli dengan harga nie.......alah mama mama bagitauler........ok kalau korang nak tau jugak.....TUNGUUUUUUUUUUUUUUUUU




Sementara menantikan sup masak Puan-puan bolehlah mengiris bawang kecil











Lalu digoreng untuk jadikan bawang goreng











Baiklah sekarang pula mama akan menyediakan bahan-bahan untuk membuat sambal kicap. bahan-bahannya adalah seerti berikut:-


Kicap lemak manis
tangkai cili besar
12 tangkai cili padi
2 ulas bawang putih
1 biji limau kasturi
Sedikit gula








kesemua bahan ditumbuk kecuali kicap















Tuangkan kicap dan gula mengikut sesedap rasa dan kacau sebati








Puan-puan yang dikasihi dan dihormati........ mengapakah setiap kali apabila kita memasak sup kita pasti akan mebubuh daun sup atau daun saderi ke dalam sup tersebut......siapa boleh jawab...................nak tau apa jawapan dia tunggu diakhir rancangan.....bolehlak puan puan menemuramah mama ya diakhir rancangan......ok...........





Inilah dia ya puan-puan sup yang telah dimasak..dan sedia untuk dihidangkan......Taburkan bawang goreng dan bawang serta daun sup




Sekianlah saja rancangan MARI MEMASAK buat kali ini....Kita akan bertemu lagi dilain kali dengan berbagai lagi resepi istimewa dari mama buat semua insan tersayang yang melayari web mama ini. Kepada Norizah dan suaminya Chef Azhar terima kasih yang tak terhingga kerana sudi memberikan resepi yang sungguh istimewa ini kepada mama.....mama telahpun mencubanya...dan rasanya...ummmmmmppppp sungguh enak........ Dari mama dan Joy....salam sayang dan salam kasih mesra...semoga kita bertemu di suatu masa nanti.......rindu lama tak jumpa.....Azhar...nanti kami ke Kuantan masak yang sedap-sedap eh.........




Daun sup adalah sangat baik untuk mengurangkan paras darah dalam badan kita.....bagi pengidap darah tinggi bolehlah dibuat ulam ataupun dikisar halus dan diminum airnya setiap hari untuk menurunkan paras darah tinggi.......tu diaaaa

hari Jumaat yang lalu apabila mama pulang dari kerja mama dapati ada sebungkus bungkusan berwarna coklat datangnya jauh dari seberang LAUT CINA SELATAN....APAKAH BENDA ITU...CUBA TEKAAAAAAAAAAAAAAA.....................Adakah dia bongkah emas, jongkong bijih timah...........ataupun sebiji bom.......ohhhhhhhhh TIDAKKKKKKKKKKKKKK




nak tau tak apakah benda itu dan siapakah gerangan yang menghantarkannyaaaaaaaaaaaaa....................................






*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*











...........BELACAN...........




ya Sadik boleh berikan saya belacan.....syhhhhhhhhhh.......jangan cakap kuat-kuat nanti kena tangkap...jual belacan tak ada lesen..jual candu ada lesen..........belacan ini saya import dari Malaya.......

Ya Marjina...belacan apakah yg kau beli banyak hapaklah baunya..eh Mak Encik...tu belacan Penang...belacan Penang.......?????.....Hem...... barangkali hidung aku yang tersumbat...... Belacan Penang...Wei mama Belacan tu BELACAN BINTULU ler.......

Ya......BELACAN BINTULU SARAWAK. Pengirimnya dari seorang kawan mama...sahabat cyber yang sangat mama sayangiiii ...beliau ialah tak lain tak bukan saudari ZARWINA...........bagi chatters LAMAN ASMARA aka. EX-BOYFRIEND korang kenalkan siapa dia ZARWINA nie...orangnya lemah lembut, berbudi bahasa....juga bintang airmata.....ehehhehe...sangat popular dilaman.......MAMA dan AWIN sangat rapat....Awin nie PERAHSIA tau orangnya......tuttttttttttt.....

TIMA KASIH AWIN KERANA KIRIMKAN MAMA BELACAN......BUDI BAIK AWIN TAK DAPAT MAMA BALAS........HANYA ALLAH JUA YANG MEMBALASNYA..........SEMOGA AWIN SUKSES SELALU......................salam sayang dari mama yang jauh dari semenanjung.......




ok bye...bye...ta ta...ti ti tut tu................arios badigos berambusssssssss..muahhhhhhhhhhh...............


*....PRESSURE COOKER tu 3 tahun lepas semasa mama shopping ke Plaza Kotaraya Johor, mama ada nampak dalam betul-betul tinggal 3 biji....yang 2 biji tu mama tengok macam dah nak hukum tembak dan yang 1 masih elok harganya kat situ mama tengok RM180.00....tetapi dijual pada harga Rm10.00.......so apalagi mama pun sambar ler macam helang sambar Anak Ayam........kalau tak elok nasibler...alahai 10 hinggit aje...tapi kalau elok ...satu rahmat buat mama.....so korang ada ke beli pressure cooker dengan harga 10 hinggit nie...cuma mama sorang aje....ehehehehehehehehhe.......


















































































































































































































































































































































































































































































































































































































2 comments:

jaketbiru said...

..sementara menunggu sup ni masak.. lebih kurang dalam masa dua jam... ambil nasi letak dalam pinggan.. pinjam kicap mama.. kita makan nasi ngan kicap jer laaa...

jaketbiru said...

.. bakar belacan sleep dan taburkan kat nasi panas-panas... perhhhhh.. tak yah ler ingat supp pahang nihh... lambat hehehehehe