Tahun ini birthday Hubby betul-betul jatuh pada 12 Rabiul Awal......(20hb Mac)..... So mama, kakak dan adik ucapkan Selamat Ulang Tahun yg ke ......jeng jeng jeng nak cakap ke Pa...... Biasanya lelaki usia macam nie semakin bertambah matang dan ....ehehehhe......apa lagi yer..... So sempena Public Holiday nie akupun cadang nak buat menu istimewa untuk hubby, tapi at last hubby kata tak payah ler buat apa-apa just masak Nasi Ayam Cina je. Alahai sempoinya. Tak apalah dah itu kemahuannya aku terpaksa akur. Demi menghormati dia sebagai ketua keluarga...ceh ceh ceh....
Nasi Ayam Cina ini telah diajarkan oleh ibu angkatku yang sangat aku kagumi dan hormati iaitu IBU HASMAH. Pertama kali dia mengajarku membuat nasi ini ketika aku didalam tingkatan 5. lama tuh..... Banyak resepi-resepi yang Ibu Hasmah perturunkan kepada aku siap dengan petua-petua dia sekali ehehhe......
Untuk bahan Sup
Satu ekor ayam yang besar dan gemuk (pastikan yang banyak lemak)
3 inci halia
5 ulas bawang
1 buku kiub pati ayam (apa-apa brandpun boleh asal HALAL)
Air secukupnya
Periuk Sup (aku suka guna periuk bertangkai nie kalau nak picnic angkut jek)
Ayam dicuci bersih, dibelah 4 dan keluarkan lemak-lemak ayam bersama dengan kulit-kulit yang tidak diperlukan. (Jangan dibuang pulak.) Kumpulkan. Cuci dan ketepikan. Nape tak buang mama nak buat apa kulit dan lemak ayam nie...nak lebatkan kening ke macam Siti Norhaliza....hishhh papa tak nak ler macam Siti..nak macam mama jugakkkk......Ayam direbus sehingga seperti dalam gambo yang aku pastekan tuh...korang nampak tak.....kalau korang tak nampak alamat korang nak.....ahahahhaha...(teringat aku citer Seniman Bujang Lapuk)
Ayam kemudian diangkat dan toskan.....macam dalam gambo yang aku pastekan ni jugak.
ok sekarang aku nak tunjukkan apakah bahan-bahan yang digunakan untuk memerap ayam.
mana camera man nie.....papaaaaaaaaaaa...........................
Ini dia bahan-bahan yang aku gunakan untuk memerap ayam yang telah ditoskan itu.
bahan-bahannya :-
Kicap Pekat
Minyak Bijan
Madu Lebah
Kesemua bahan-bahan ini korang satukan ler di dalam mangkuk. Jangan tuang banyak-banyak. Korang agak-agak ler untuk berapa ekor ayam yang korang masak. Ari tuh aku masak seekor jek. So aku pun pakai tak banyak ......
Lepas tu korang boleh ler gaulkan bahan-bahan di atas tu untuk menyalut ayam macam nie. Gaul rata-rata. Make sure bahagian dalam ayam jugak kena. Gaul dengan tangan kerana kata orang tua-tua air tangan nielah yang menjadi ikatan kasih sayang satu keluarga....korang penah dengar tak? Pastu korang biarkan ler dalam 1 jam. Kalau nak lagi bagus korang boleh jemurkan ayam tuh kejap. Makesure kalau jemur diluar tuh kene tutup dengan tudung saji supaya tak dihurung lalat. Bila dihurung lalat, lalat berak dah jadi najis, bila najis makan jadi tak halal, bila tak halal makan jadi haram bila haram makanan yang masuk ke tubuh badan menjadi darah daging bila dah jadi darah daging benda-benda haram nie maka nak beramal ibadatpun susah. jadi makanan syubahat...eheheh melalut-lalaut lak aku nie....bukan apa saja nak ingatkan diri sendiri setiap kali aku masak. Muhasabah diri jap yer.....
Tapi ari tuh hujan lebat so akupun perap aje ayam dalam nie kat dalam umah tuh dalam 1 jam. Inilah hasil selepas 1 jam diperap.
Selepas satu jam diperap, bolehlah korang membakar ayam tu dalam benda alah nie. Bakar dalam lebihkurang 20-30 minit. korang bolehler membalikkan ayam tersebut 10 minit pertama ke 15 minit pertama agar ianya masak sekata. Bila terbalikkan tu tuang lebihan bahan-bahan tu agar ianya lebih mesra. Aku punya nie brand HANABASHI, hadiah masa aku kahwin dulu. Tima kasih ler kepada sahabat baikku Nur Aina Jannah dan suami yang telah menghadiahkan aku bendalah nie. Cuma bila time aku masak gunakan bendalah nie....kau lum penah datang makan lagi......ehehhehe........ sorry eh
Ok kenkawan sekarang nie aku nak tunjuk bagaimana pulak dengan nasib lemak-lemak ayam dan kulit-kulit ayam yang kita ketepikan tadi setelah mencucinya. masa korang tengah merebus sup tuh untuk tidak membuang masa bolehler korang sesambil tuh membuat pulak minyak ayam.
Caranya macam di sebelah nie...... Masukkan semua kulit dan lemak ayam tu ke dalam periuk kecil campur dengan sedikit halia dan bawang putih yang diketuk lalu dimasak seperti yang aku paste kat sini nie. Masak sehingga ianya mengeluarkan minyak seperti hasil di bawah nie........
**
Korang kena tapiskan minyak tu. Lemak dah cair yang tinggal kulit ayam, bawang dan halia yang telah garing. Buang yer bahan-bahan nie kecuali minyak nie saja. Minyak nie digunakan untuk menumis nasi..... TETAPI...... sebelum korang menumis nasi dia terlebih dahulu hendaklah korang menggoreng dahulu beras yang telah korang cuci bersih tu. Asal lak nak goreng mama...kan nak tanak beras nie..... ha....... kalau korang nak tau...nantikan di akhir rancangan MARI MEMASAK yang dikendalikan oleh Chef Mama .....Makesure korang toskan dulu airnya sebelum menggoreng beras nie........
Bahan untuk nasi :
- 4 cawan beras biasa atau Basmathi
- 51/2 cawan air (diambil dari kuah sup yangtelah dimasak)
Goreng macam nie sehingga dia kering tetapi jangan sampai hangus atau berubah jadi kaler brown udahler...nanti jadi nasi arab lak.
bahannya :
3 inci halia muda
6 ulas bawang putih ditumbuk macam nie......
kemudian korang leh lah tumbukkan bawang putih dan halia sehingga lumat
Tumis dengan guna minyak ayam, halia dan bawang putih. kacau rata sehingga naik bau. Nape mama tak masukkan butter atau minyak masak ...nape mama gunakan minyak ayammmmmm saje......pelik ler mama nie..hukkkkkkk......lebih sedap dan lebih berperisa ayam....tapi mama tinggi ooo kolestrol.......tak apa papa...sekali sekala...dah ini permintaan papa....wei mama, papa nak pi kedai ubat cina nak beli teh cina.......what ever ler papa....
Masukkan beras yang telah kita goreng sebentar tadi ....upsss mama nape mama tak masukkan air kemudian baru masukkan beras...papa kalau tumis nasi masukkan air dulu baru beras ?????? Salah tuh mama......kacau sebati sehingga beras, minyak dan halia serta bawang putih meresap mesra........oooohhhhh gitu eh mama...nak kasi mesra-mesra jugakkkk keee...ehehhehe...pahamler papa
Bila dah kacau sebati tu boleh ler kita masukkan air yang dah disukat tuh. Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak.
Ok sekarang sementara menunggu nasi masak mari kita buat sambalnya pulak yer.....
Inilah dia bahan-bahan untuk membuat sambalnya pulak
- 1 camca Minyak bijan
- 7 tangkai Lada merah
- 5 ulas Bawang putih
- 1 biji Limau kasturi (papa...nape limau nie u beli banyak sangat.. banyak ke?????...mana boleh beli sebiji yangggg oiiii.....)
kesemua bahan-bahan nie hendaklah diblend halus dan dimasak.
Bila dah mendidih dan hampir pekat bubuh gula secukup rasa dan tuangkan satu camca minyak bijan dan perahkan sebiji limau kasturi.
last sekali jom kita sediakan ualm-ulamnya pulak....... kalau tak suka ulam boleh ler msak sayur capchai yer...kalau rajinnnnnnn
bahan-bahannya :
Sepokok daun salad
Sebiji timun
3 biji buah tomato (ler nape tinggal sikit nie mama...mama nie sambil masak sambil makan tomato mentah....hishhhhhhhh nak jaga kulit papa)
sepokok daun bawang
sepokok daun celery
DANNNNNNNNNNNN.....................
INILAH HASILNYAAAAAAAAA..............
Ayam yang siap dipanggang.........lebihan kuah tu kita siram atas ayam yang dipanggang tadi...mama nape ayam tuh nampak hitam semacam jek...huiii papa nie mama baru tuangkan lebihan kicap dan madu ler.....oooo ingat kot hangus.... hishh tak ler papa nie buat malu jekkkk...tengok semua orang ketawakan mama tuh.....
Salad, tomato dan timun yang siap dihiris
Daun sup dan celery yang siap dimayang....... apa lagiiiii
Nasi yang siap dimasak
Sup yang siap dimasak
Sambal mmmmm tak pedas sangat nie.....
jommmmmmmmmmm jemput makan semuaaaaaaaaaaaaaaa......................
Sayang..... , Anywayyyy.....mama mengucapkan selamat hari lahir untuk papa tersayang...semoga dengan bertambahnya umur papa akan bertambah lagi rezeki kita sekeluarga...tiada apa yang dapat mama berikan melainkan kasih sayang yang tulus ikhlas dan kekal abadi serta mama akan sentiasa berada disisi papa sehingga ke akhir hayat......semoga keluarga kita akan terus bersama dan dijauhkan Allah dari sebarang mala petaka, musibah dan semoga kita menjadi kedua IBU AYAh yang dirahmati.....AMINNNNNNN .......Zura
p/s : mama sayang papa........muuuuahhhhhhh......Papa.........
Anne nak wish Papa HAPPY BIRTHDAY...Anne harap papa akan panjang umur dan sihat selalu.......bila papa free bawak kita orang jalan-jalan tau......papa, Anne sayang papa tau, Ajimpun sayang papa...papa baik tak suka marah-marah....... I LOVE U PAPA...... Zulaikha Anastasia
papa.....
hari nie HAPPY BIRTHDAY TO YOU eh papa....... mana party pack...Ajim nak party pack.........
Muhammad Zulfadzleel Adzym
HAPPY BIRTHDAY PAPA AND SALAM MAULIDUR RASUL
dan pada hari Sabtunya kamipun berjalan-jalan ambil angin.............
kuci-kuci ho ta hai........ KOLAM IKAN KEBUN BUNGA
Macho tak Ajim..penat lah......main lari-lari tadi jom kakak kita duduk
Ok bye semua............... nanti aku akan bawak korang semua melawat Istana Negeri Johor dan sekitarnya k.......bye..................
Akhir kata Salam Hormat dari kami sekeluarga.......jaga diri baik-baik......muahhhhhh......
* lemak dan kulit ayam yang dijadikan minyak adalah untuk lebih mengenakkan lagi nasi tu bila dimasak TETAPI INGAT jangan selalu mengamalkan dengan memasak menggunakan lemak dan kulit ayam...tinggi kolestrol nanti cepat jalan.....hahahaha.......
** beras digoreng terlebih dahulu supaya bila beras dimasak ianya akan lebih nampak panjang dan berderai cantik serta nampak gebu selain untuk menambahkan kelazatannya. Selain dari itu bila kita memasak nasi biasa lebih baik kita didihkan air terlebih dahulu kemudian barulah kita masukkan beras. Nasi akan nampak gebu, kalau rajin perahkan sedikit limau nipis agar ianya nampak kilat.
*** lada yang diblend di masak terlebih dahulu untuk mengurangkan kepedasannya dan agar ianya lebih tahan lama selain memekatkannya lagi.
#Di dalam resepi Nasi Ayam Cina ini tiada penggunaan bawang merah. Penggunaan Minyak Bijan sekadar untuk aromanya sahaja.
Selamat mencuba......Assalamualaikummmmm.......
2 comments:
happy birthday to papa,
my 1st daugther 7 march, 2nd 19 march, thn islam kira 12 rabiulawal tu :)
nice cook of u mama, carry on blogging yeahhh...
-tun
hehehhee....on behalf of papa dia kata TQ Tun.....wah....satu bintang tu.....sifat yg lembut suka menolong dan sukakan keindahan........ Anyway Tun.....tahniah dari papa mama anne dan ajim atas kehadiran orang baru dalam hidup kamu berdua... kami doakan agar kamu berdua menjadi kedua ayah ibu yang cemerlang dalam mendidik anak yang gemilang......ingat tu anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai.........
Post a Comment