Sunday, March 30, 2008

Sambutan Maulidur Rasul Kampungku....

Hari Maulud Nabi (12 Rabiul Awal)



Hari Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW berasaskan firman Allah dalam Al-Quran (terjemahannya ) :-
"maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung." Al-Araf: 157
Hari Maulud pertama kali diselenggarakan oleh Sultan Salahudin al Ayyubi ketika menghadapi pasukan salib bagi membakar semangat berjuang dan berkorban, untuk menyelamatkan umat Islam dan sebagai memperingati kejayaan Sultan Salahuddin al Ayyubi berhasil memimpin tentera Islam memasuki Jurusalem.
Maulud Nabi disambut setiap 12 Rabiul Awal dimana zikir khusus akan diadakan di masjid-masjid. Perarakan secara besar-besaran yang disertai oleh lelaki, perempuan, dan kanak-kanak akan diadakan di bandar dan kampung sambil menyanyikan lagu-lagu memuji Nabi Muhammad S.A.W. juga akan diadakan untuk meriahkan hari Maulud mulia ini. Jamuan makan juga dianjurkan diadakan oleh orang perseorangan atau pertubuhan untuk fakir miskin.
Terdapat 2 pendapat mengenai Maulud Nabi, iaitu pendapat pertama melakukannya adalah satu perbuatan yang dianjurkan bagi umat Islam. Pendapat kedua pula menyatakan menyambut hari Maulud adalah satu bidaah disebabkan ia tidak pernah dilakukan semasa zaman Rasullullah dan para sahabat.
Menurut pendapat pertama, hujah mengapa Maulud Nabi boleh diraikan adalah :-
Bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi S.A.W. bertanya kepada orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?"
Jawab mereka: Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.
Maka Nabi S.A.W. berkata:
"Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu."Riwayat Bukhari dan Muslim.
Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum:
Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, miraj dan lain-lain.
Nabi pun turut memperingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Musa, dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

























Assalamualaikum w.b.t
Nak ikut takkk???? Nak gi mana mama........ ??????



Malam nie...Anne, sepupu Anne iaitu Atihra, Najwan ada 'Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran' dan cuma Alia seorang 'Majlis Tilawah membaca Muqaddam.' ......Alhamdulillah mama..... Majlis Tilawah ini telah diadakan setiap tahun sempena Sambutan Maulidur Rasul. Jom kita sama-sama meraikan hari bersejarah iaitu Hari Kelahiran Junjungan Kita Baginda Rasullah Muhammad S.A.W.........


Pembuka tirai majlis telah dimulakan dengan persembahan Nasjid Kanak-Kanak.....aduhai....comelnya anak-anak semua ni...Alhamdulillah.......semoga kelak menjadi muslimah sejati dan wanita solehah...amin.......
dalam sebutan rumi: "ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM"
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim"
Cahaya Selawat
Ya nabi salam alaika
Ya rasul salam alaika
Ya habib salam alaika
Solawatullah alaika
Ya rasul kau bawa cahaya
Menyinari alam buana
Bumi tandus
Subur kembali
Rasa gembira di hati
Lahirmu membawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh buat Seluruh umat
Mulianya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru
Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah
Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman sentosa
Sebelum majlis Tilawah Al Quran bermula pihak Masjid telah mengadakan Majlis Cukur Jambul selepas Solat Maghrib bagi anak cucu cicit penduduk kampung mama.... tapi mama tak sempat datang Maghrib kerana Anne praktis kat umah.....
.....Dan inilah antara ibu yang mana anaknya bercukur jambul.................

Mmmm....... sesekali bila majlis begini barulah dapat berjumpa dengan teman-teman lama.....berapa dah anak kau sekarang nie Shidah......uikss........3 orang dah. Nie yang kecik sekali......Inilah sahabat lama mama.....Shidah namanya....kawan sepermainan yang kini menetap di Perak....Pulang ke JB semata untuk meraikan majlis Cukur Jambul ...eheehe hebat yer ko Shidahhh. Zura......ingat tak dulu kita main masak-masak kita selalu petik pucuk ubi umah Mak Zarah...ehehhe......




Lizaaaa.......... 3 jugak anak kau...wah hebat korang semua nie......aku jugak yang masih 2. Kau ni Liza baru 21 hari dah duduk atas lantai. Bersila pulak tuh.......Apa nak buat Kak Zura.....Liza kan dari dulu tomboy. Akak.....baru balik Umrah ke? hehehe Liza kau perli aku nampak..... Liza nielah arwah Atuk dia mengajar mama Quran dulu-dulu... Mana yang lelain ek......Ntahlah....semua tak ada sini...yang ada mak-mak dia orang aje......




Shidah dan Liza saje yang ada termasuk aku. Perempuan-perempuan muda yang lain semua aku tak kenal sebab mereka bukan anak-anak orang kampung aku nie.






dan yang lelain tengah bertungkus lumus menyediakan juadah.....


















Mak Zarah dan siapa tu .... aku tak kenal sibuk menyediakan makan malam.....Stew dan roti Peranchis










Mak Misah, Mak dan Lina..............Lina nie anak Mak Misah tapi dia bukan badge aku so masa dulu-dulu dia masih pakai lampin lagi masa aku dengan kakak dia Linda sibuk meronda satu kampung.......




Majlis Tilawahpun bermula.........................















Peserta kanak-kanak lelaki yang menyertai Musabaqah Al -Quran dan Muqaddam.......2 orang yang berumur 16 dan 17 tahun tapi mana ntah dia merayap....ini aje ke....Peserta lelaki paling ramai tapi tak taulah mana pegi.......tak tau dok diam ler nie.......

Peserta kanak-kanak perempuan yang menyertai Musabaqah Al-Quran dan Muqaddam. Hanya Athirah yang berusia 11 tahun yang lain semuanya bawah sepuluh tahun dan Anne paling muda bagi ketegori kanak-kanak permpuan menyertai Tilawah Al Quran dan yang lelain tu termasuk Alia yang berusia 6-7 tahun yang meyertai bacaan Muqaddam. Menanti dengan penuh debaran ..............








Alia peserta No.2...membaca Mukadam dengan terketar-ketar..ehehhehehe.......











Najwan bagi kategori lelaki membaca Al-Quran berusia 10 tahun........mmm.......suara sedap.......dah biasa azan kat sekolah dan pernah menjuarai pertandingan azan peringkat Sekolah-Sekolah Agama di Johor Bahru bagi kategori kanak-kanak sebayanya, tapi kenapa baca macam kene kejar hantu jek Juan........Abi dah komplen kat belakang tuh......



Athira....suara memang umphh.......pandai bertaranum. Athira dah biasa menyertai Majlis Tilawah Al Quran ketika berusia 7 dan 8 tahun dan pernah Naib Johan dan Johan di sekolah bagi peringat kanak-kanak seusianya...Kali ini Athira berentap dengan kanak-kanak yang lebih kecil darinya dan yang juga lebih besar darinya...huh Athira...anak Imam Akiruddin tuh dah sekolah menengah tau form 4 & form 5......boleh lawan ke?....




Alahai anak mama......peserta paling muda menyertai Tilawah Al-Quran.....tak takut ke Anne.....Alah mama Anne suka-suka je......alhamdulillah Anne.....Inilah pertama kali Anne menyertai majlis Tilawah...







Majlis berakhir pada pukul 11.00 malam dan keputusan akan diumumkan esok serta penyampaian hadiah.
-------------------------------
Esoknya........
Tepat jam 7.45 pagi semua berkumpul di masjid untuk berarak keliling kampung.........kanak-kanaklah yang paling gembira sekali.................



Ya nabi salam alaika Ya rasul salam
alaika Ya habib salam alaika
Solawatullah alaika........
Ya nabi salam alaikaYa rasul salam alaikaYa habib salam alaikaSolawatullah alaika........

meluntur buluh biar dari rebungnya




Ya nabi salam alaikaYa rasul salam alaikaYa habib salam alaikaSolawatullah alaika
Anak mama sayang...........jangan merajuk ok








Ya nabi salam alaikaYa rasul salam alaikaYa habib salam alaika Solawatullah alaika

Mak Misah, Mak dan Kak Ida nape jalan lambat sangat..........




Uikssss...upanya Mak Milah dan Mak gayah lagi lambat...... tak apalah nak....Mak Milah nie sakit kaki tak boleh jalan laju-laju macam korang semua nie muda.......tapi hati aku semangat nak joint......
Alhamdulillahhhhhhhhhhhhh.....








Wah Aini dan Ustazah Hasmah dah dudukpun.....Ustazah Hasmah yang bertudung corak nie adalah guru kelas Anne di Sekolah Agama Anne... beliau juga yang mengajar anak-anak mama kelas membaca Al Quran dan beliau juga yang mengkhatamkan Anne semasa majlis perkahwinan Azlia Ogos tahun lepas. Terima kasih Hasmah.....budi Hasmah tak dapat akak dan abang membalasnya.....hanya Allah jua yang melimpahkan Rahmat kurniaNya ke atas Hasmah dan keluarga....Aminnn





Butang baju papa mana ma..... butang baju papa mana ma......songkok lepat ajim pun ilang ma....kene amik dengan ahli mesyuarat tingkap!







Selepas perarakan para jemputan bersarapan sekotak mee siam putih dan air kopi....

Semasa sedang mendengar syarahan yang disampaikan Yg berbahagia Timbalan Mufti Johor Dato Hj Tahrir tetiba-tiba mama disergah oleh seseorang......jeng...jeng...jeng......yang sebelah mama tuh.......Auntie Ramlah. Alamak....



















Ehehehehe...akhirnya kamipun mengabadikan kenangan bersama walaupun kami tak dapat bersama........ha...apa ????kenapa mama?????....kalau korang nak tau dulu dia penah cakap kat mak mama yang dia berkenan kat mama dan nak jadikan menantu...eleh perasan mama tuh...eh betul lah....mama sememangnya kenal benar dengan anak dia si Iwan tuh...dan memang kami berkawan baik......sebab ...mak kami berduapun berkawan baik tapi cukuplah bagi kami sekadar berkawan saja......walaupun Iwan sangat baik lebih-lebih lagi Auntie Ramlah nie.....yang tak sanggupnya Iwan nie anak tunggal.....ehehheheheh...Anyway Auntie Ramlah Zura tetap sayang u.....


Antara hadirin lelaki yg khusyuk mendengar syarahan...tak dok balai panas dok perkarangan masjidlah ada kipas















Dok kat perkarangan masjid boleh dengar sambil makan......







Dan......... tibalah masanya diumumkan MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH...........
DAP DUP DAP DUP DAP....................................


Maka dengan ini majlis mengumumkan keputusan Majlis Tilawah AlQuran yang mana pemenangnya jatuh kepada 3 orang sahaja.....mereka adalah.......tempat KETIGA jatuh kepada ADIK NUR ATHIRATUL ADAWIYAHHH......yeahhhhhhh umi Athira dapat no 3..Umi........nak sms Abi lah..eh pegilah amik hadiah dulu tu........Alhamdulillah.....




dan......tempat KEDUA dan PERTAMA....telah dimenangi oleh budak yg form 4 & form 5 tuh adik beradik iaitu anak pada Pak Kirudin....Syabas dan tahniah.......TAHNIAHHHH!!!!!


Pak Manaf menyambut Athirah.......Pak Manaf nilah orang terakhir yang dapat bertemu dengan arwah ayah sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir....beliau adalah Imam masjid kampung ini dan kawan baik kepada arwah........kebetulan masa tuh beliau datang untuk mengutip duit khairat kebetulan kami semua tiada di rumah melainkan arwah seorang.......al fatehah ABAH...semoga ABAH ditempatkan dikalangan para solihin......Amin








Inilah hadiah yang Athirah dapat.......wang tunai RM10.00, tuala mandi dan senaskah Al Quran .......syukur












dan Anne pula telah mendapat SAGUHATI......jadilah ya nak..... ini baru pertama kali........cuba lagi......













hadiah disampaikan oleh Yang Berbahagia Timbalan Mufti Johor dan yang sedang pegang hadiah tulah Pak Kirudin yang kedua-dua orang anaknya menggondol tempat pertama dan kedua










dari kiri Muhammad Najwan Ubaidillah, Nur Athiratul Adawiyah, Nur Aliatul Adawiyah dan Zulaikha Anastasia.......










dan............
Muhammad Zulfadzleel Adzym.......
Ajim nak hadiah jugak...nakk...nakkk hadiahhhhh semua orang dapat nape Ajim tak dapat.......OK Ajim tahun depan Ajim boleh masuk ok....Ajim belum boleh masuk sebab Ajim baru 6 tahun.....








Kakak iparku...yang ini favourite Mak......menantu yang lemah lembut penyabar dan rajin.....
........sayang Abi tak ada ari nie kan Umi......






Nenek dan cucu-cucunya..........
Nenek tengok.....Ajim tutup muka Anne.... Abis....Ajim tak dapat hadiah.....









dan majlis disudahi dengan makan dalam dulang....Baryani daging.....





Doa dibaca oleh Ajim.......barulah puas hati dia.....

Allahhumma bariklana............fimarazakthana wakina azabanar........






........mmmmm....



Sian anak mama orang semua dah abis makan dia tak abis lagi......best nasi kawin-kasin nie mama...nie nasi baryani lah sayang.....










Ya Allah jadikanlah anak-anakku anak yang soleh dan solehah......... jauhkanlah mereka dari melakukan perbuatan munkar dan keji......lindungilah mereka walau kemana saja setiap saat .mereka berada ...dan setiap detik...... jadikan mereka apabila dewasa kelak anak yang berjaya di dalam kehidupan...terangkan hati mereka dalam menimba ilmu duniawi dan akhirat.....jadikan mereka anak yang taat kepada kedua orang tua .....dan yang paling utama taat dengan perintah Mu ....
Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnn


Dan majlispun bersurai.........lebihkurang pada pukul 12.30 tengahari dan semoga tahun hadapan kami semua dapat lagi sama-sama meraikan majlis yang sangat mulia ini. Panjang umur kita jumpa tahun depan............Amin...

























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































2 comments:

jaketbiru said...

... makin tinggi saham anne....

mama vouge said...

..hehehehe nide....bukan nak promte ank tau...wakakakakkakaka......