Assalamualaikummmmmmm....................Hi semuaaaaaaaaaaaaa.................... penah pergi kenduri kahwin kat Johor tak? kalau penah.....korang penah jumpa
TELUR PINDANG tak? ehehhee.......mmmmm......ada orang tak suka bau dan rasa dia ada orang pulak berantu. Bagi orang Johor telur pindang adalah satu kemestian untuk majlis perkahwinan, cukur jambul atau apa jua keramaian. Orang Johor nie masakan diaorang agak cerewet dan penuh dengan rempah ratus....tak taulah kenapa ekk........ Minggu lepas Df ada bagi tau mama, dia ada hajat besar...hajat apa lak ek....buat suspen aje besan mama nie...ehehehhehe..upanya DF teringin nak makan telur pindang.....suruh mama buatkan dalam 20 biji..aisey....boleh apa salahnya.........asal ko tau makan dah ........kalau tak tau makan nanti ingat telur tu telur busuk....... So mamapun dengan besar hati ikhlas nak buatkan DF telur pindang nie walaupun ini adalah kali pertama mama membuatnya......sebelum nie mama cuma tolong emak mama dalam proses membuat telur pindang...tak pernah buat seorang ...kali nie mama berani mencuba membuat sendiri...... Emak cuma tengok saje cara mama buat.....jadi QC...ahahhahahha........ berdebar-debar jugak buat nie....maklumlah.........nak bagi bakal besan....
So dengan pertolongan Emak mama.....Bonda tercinta Hajjah Aisyah maka mamapun memulakan projek mama.....
Tenghari Isnin yang lepas mama dan mak telah meredah semak samun....mencari daun-daun..
emak sedang memetik daun senduduk
di sini mak tanam pokok lengkuas upanya
bahan-bahan nak buat telur pindang ni bersepah kat semak samun tau...senang ajekan......nasib baik mama dan emak tak kene patuk dek pak anjang...........
Baiklah tanpa buang masa lagi mama perturunkan resepi warisan Johor
Sedikit garam putih untuk menabur
Semangkuk ketumbarSegenggam jintan kasar
2 genggam jintan halus
Beberapa ketul lengkuas
1/2 rumpun halia( jangan pulak bubuh halia serumpun macam nie untuk 30 biji telur)
Kulit bawang merah kalau lagi banyak lagi bagus
4 helai daun limau purut
3 ranting daun jambu batu
8 ranting daun bebuas
12 batang serai
20 helai daun lengkuas
8 ranting daun senduduk
Kulit bawang, daun bebuas daun lengkuas yangt elah dikerat-kerat
Daun jambu batu, daun senduduk, halia, lengkuas dan serai yg dihiris-hiris
telur ayam hendaklah dicuci terlebih dahulu dan ditoskan airnya
Daun-daun tadi disatukan dan dimasukkan ke dalam periuk
Taburkan rempah, halia, lengkuas dan serai
Susun telur di atas daun-daun dan taburkan lagi rempah dan garam
Tutupkan telur yang telah disusun dengan daun-daun dan rempah dan taburkan lagi garam dan ulangi lagi proses menyusun telur lagi dan daun-daun serta rempah sehingga telur habis
Masukkan air dan rebus
Perlu diingat di sini bagi majlis kenduri kahwin biasanya telur pindang akan direbus dalam jumlah yang besar lebihkurang 1000 -3000 biji dan akan mengambil masa dalam 3 hari, tetapi di sini mama hannya merebus 30 biji telur dan mengambil masa cuma 1 hari 1/2 sahaja. Rebus sehingga daun-daun layu dan bertukar warna. Tambahkan air jika air menjadi kering
Keesokkannya telur siap dimasak apabila warnanya benar-benar telah berubah menjadi coklat
Inilah hasil telur pindang yang telah dimasak....Telur yang dalam bekas kaca tu adalah telur semasa hari perkahwinan mama....masih disimpan dengan baik...kerana ianya adalah telur marble khas untuk main table...ahahahhahahha*******RALAT
Ini adalah daun salam........daun ini juga adalah salah satu ramuan sebagai bahan untuk membuat telur pindang tetapi hari tu papa outstation so tak ada siapa nak pergi petik daun tu sebab pokoknya tinggi dan jauh kat kawasan lain so mama tak larat nak drive pergi cari daun tu...tapi bagi Awin yang tak pernah tengok daun salam so puas hati eh sekarang....
So itulah cara membuat Telur Pindang Johor yang diwarisi sejak turun temurun oleh keluarga mama........tak taulah apa rasa dia sebab ni 1st time buat seorang diri...selalu emak yang buat...telur pindang ini sebenarnya khas mama buatkan untuk DF yang teringin sangat nak makan telur ni....Khabarnya telur ni jugak nak di bawak ke Kenyir......
Buat sahabat cyber yang pergi kenyir tu Selamat menjamu selera dengan telur pindang dari Johor ni....khas buat korang semua......Semoga gembira dan selamat...........Jangan lupa kat mama tau bila makan telur nie.....................Kalau dah makan telur nie korang kenelah belajar sikit loghat dan bahasa orang johor tau.....ekkkkk.........
Salam sayang dari mama untuk semua teman-teman...................
Sedikit info tentang Johor yang mama amik dari internet...tak taulah siapa buat
1. They end 9 out of 10 sentences with "Ekkk..." Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal. Contoh :- "Ni awak punyer ekk?"
2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it means Johor Bahru (JB), the city not the state. Normally used by mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai-chusettes umpamanya. Contoh : "Beb, gua nak turun Johor laa. Lu nak ikut gua tak?" So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak berkata, "Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question!
3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR". Contoh : "Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Muor besok." Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.
4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I haven't met a Johorean yang serious or square to act. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find sometimes orang luar (non- Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor.(diorang gile ckit) hehe..
5. Diorang ada ENDUT(aweqz). Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut,kire mcm couple le. Contoh ayat : "Haa...kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut."
6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Candy, Otak-otak, Bobotok....Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or candy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor? Gula tarik ader lagi kat Stesen bas Larkin..
7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock! Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. Lagipun, Johor memang ada pertalian kuat dgn British. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak eranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Ramli Sarip (Spore), Amy Search, Zainal Abidin Headwind, Nash Lefthanded, Mael XPDC, Syam Kamikaze, Def Gab C, Bandi Amuk, Bittersweet, Sweet Charity (Spore) etc...Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan,dah ler. Ampun Tuanku!
8. Kenduri Kawin Ada acara baling duit yang time tu,all mak-maks kite akan panggil kite suh rebut $$$$$ sekali.bestt woooo. and ada Telur Pindang. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dgn segala macam rempah dan dedaun untuk m'dptkan that special taste. Lepas rebus,telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. nice! Normally it's for special occasion, like wedding day.
9. Tidur atas "LECA"** (LE+CE) (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam "GEROBOK" **. Ambik "GEBOR" tu.
10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat Channel Singapore! For information, Johor bleh terima siaran from S’pore, Indonesia n Brunei!! Kalo dok johor, xde astro pun xpe...
keh...keh...keh...(Tiru ketawa mr cool)