Thursday, April 3, 2008

Kisah Batu Giling, Blangah dan Asam Pedas.....





Korang nampak tak benda alah nie.... nak kene HENTAK kepala tak dengan benda nie.......
Bagi yang tak tau benda nie. Nielah dia BATU GILING namanya..... dalam bahasa omputih stone rolling pin and flat granite bed...ehehhehehe...... tapi bagi yang dah tau baguslah...Sure nostalgia bagi korang batu giling ni kan?..... mama dulu kecik-kecil selalu tengok arwah Atuk lelaki mama menggiling......bukan nenek yang menggiling tau...... ehehhhee.... suami mithali. Emak mama pulak tak pernah mama nampak menggiling, seingat mama sewaktu mama kecik-kecik lagi rumah emak dah ada blender. Mungkin sebab mama anak yang bongsu dan masa tu pulak dah ada blender. Bila tengok arwah Atuk selalu menggiling maka timbul keinginan mama untuk mencuba-cuba menggunakan batu giling. Bahan pertama yang mama giling adalah kulit telur...ehehhehehe...kata arwah Atuk ok, so Atuk menyuruh mama cuba menggiling bawang....juga sukses. Akhirnya mama berjaya menggiling lada kering dan pelbagai rempah lagi. Tapi itu dulu...sewaktu mama berada di sekolah rendah ketika itu berumur 10 tahun. Kali terakhir mama menggiling lada ketika itu mama di dalam tingkatan 5 dan selepas itu mama tidak pernah lagi menggiling sehinggalah pada 3 tahun lepas mama mula menggiling semua SEKALI-SEKALA. Di atas itu adalah BATU GILING KELING pemberian arwah Atuk mama. Batu giling ini telah dibeli oleh arwah Atuk mama sejurus selepas berkahwin dengan nenek pada tahun 1938 di Singapura.......hahhahaha.......Orang keling punya ke mama ? Bukan, batu giling bentuk ini ramai dimiliki oleh kaum India sahaja sebelum ini sebab itulah ianya dipanggil BATU GILING KELING. Ia diperbuat dari sejenis batu granite yang agak kasar, bersaiz besar dan tebal. Anak batu penggilingnya pula kelihatan membuncit ditengah-tengahnya. .Cuba korang perhatikan betul-betul. Ianya lebih berat.

ha..........ini satu lagi jenis batu giling.......Batu Giling ini adalah pemberian dari mertua mama.......kalau korang nak tau batu giling ini dinamakan BATU GILING RIAU.......pulak?????? orang Riau punya ke mama.........mungkin jugak kot........ tapi tiada lagi batu dari jenis dan bentuk begini selepas tahun 1800. Samada ianya pupus atau tukang buat batu nie punya warisan tak mahu membuatnya lagi, Wualallahualam.......batu giling serupa ini hanya dimiliki oleh orang-orang Melayu sahaja pada masa itu dan yang di atas hanya dimiliki oleh kaum India, tetapi selepas tahun 1800 kaum melayu juga menggunakan Batu Giling Keling. Mungkin seperti kata mama Batu Giling Riau telah pupus...ehehehhe....Menurut mertua mama batu giling ini diberikan oleh mertuanya ketika beliau berpindah dari Muar ke Johor Bahru pada tahun 1942. Pada asalnya batu giling ini adalah milik moyang mertua kepada ibu mertua mama.....so sekarang mertua mama telah mewariskan kepada mama pulak.......mertua menantu...mertua menantu.....mertua menantu....mertua menantu...mertua menantu......biar betul mak...iya betull..... dan sekarang mak bagi pada awak pulak. Tima kasihlah banyak-banyak mak......Sebenarnya mama sesaja je bertanyakan pasal batu giling dibelakang dapurnya yang sejak berkawin dengan hubby mama tengok terbiar sepi tak digunakan, tetiba mertua bersuara suruh mama menggunakannnya dan menjaganya..... Bila dikira-kira telah 5 generasi menggunakan batu giling ini termasuk mama........Kagum mama dengan mertua kerana dia masih ingat nama moyang mertuanya itu..... Allahyarhamah Hajjah Senah Binti Hj Darus. OOO lepas nie bolehlah mama turunkan pada menantu mama pulak ya.....Boleh ke DF? hahahhaha.....Batu Giling Riau ini batunya sangat halus dan berlekuk berbentuk seperti batu asah dan anaknya lurus panjang. Ianya telah licin mungkin kerana telah lebih 100 tahun usianya! Ok dapat semua.... paham semua......

Assalamualaikummmmm...........
Jom makan tengahari umah mama.........Jomlah....datang Johor dekat Johor Bahru......kita boleh makan tenghari sama-sama...nak tak?????? mama masak apa nie mama? Masak Asam Pedas. Asam Pedas apa? ASAM PEDAS LADA HIDUP IKAN PARANG........
Fuh peberet tu ma....Kalau orang Johor dia akan panggil nama Asam Pedas ada beberapa jenis. Ada yang panggil Gulai Ikan, ada yang panggil, Tumis Asam, dan biasanya panggil Asam Pedas jelah......Asam pedas nie ada pulak beberapa jenis.......Ada yang panggil gulai cair.....ha tu kalau pakai lada hidup....tapi taklah cair manapun.......ada yang pakai lada kering ...kalau lada kering tuh kene buat pekat-pekat terutama untuk gulai asam pedas ikan sembilang, pari dan duri.....sebab ikan nie agak hanyir sedikit so kalau tak pedas sampai nak terbang telinga tak sedap....dahlah pedas pastu ditambah lagi ngan lada hitam pulak...Fuh....terangkat. Selain dari ikan kita boleh tambahkan ramuan lain seperti daun kesum...tu wajib......, bunga kantan, bendi, terung, pucuk daun buas.......jarang orang bubuh tapi sungguh sedap jika kita bubuh pucuk daun buas nie...., kelopak kobis dan sayur jeruk asin...... jom ke dapur tolong mama masak jom.......
kali nie mama nak tunjuk korang Gulai Asam Pedas Lada Hidup Ikan Parang stail orang Johor jaman dedulu masak. Masak menggunakan BATU GILING dengan BLANGAH.
GULAI ASAM PEDAS IKAN PARANG


12 tangkai cili merah segar
3 ichi halia
4 inci kunyit
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang kecil
5 ulas bawang merah
2 labu bawang besar yang sederhana

3 inci belacan sarawak.........
belacan nie pun asli dari Sarawak tau....mmmmm dari Awin nie....

kesemua bahan di atas digiling lumat kecuali bawang kecil

Giling halus seperti dalam gambar nie........pijar ler tangan korang menggiling ......

Bila dah halus begini, bubuh dalam pinggan

Sediakan:-
Sepokok sawi asin atau jeruk asin
5 pokok daun kesum
2 helai daun limau purut
sebatang serai diketuk



Seekor ikan parang segar
Dicuci bersih dipotong kepada beberapa bahagian secara menyerong
Ini pesan dari EMAK mama bila memotong ikan yang besar jangan dipotong tegak tetapi hendaklah diserongkan sedikit agar kelihatan cantik. Bagi ikan yang banyak tulang pulak sebelum memotong hendaklah dipegang kepala dan ekor lalu direntap sehingga berbunyi tulang. Ini bagi tujuan agar ikan yang banyak tulang itu, tulang yang berselirat di dalam tubuhnya akan menjadi selari bila disentap. Bagi ikan parang pulak bila dah dipotong serong hendahlak dibelah pula kepingan ikan tersebut. Belah perlahan-lahan ya...memang macam tu ke kalau siang ikan parang nie...Korang buat macamana?????

Bawang kecil dihiris memanjang.
kenapa mesti hiris memanjang? kerana apabila digoreng ianya garing dan cantik. Satu lagi petua ya kawan-kawan ...apabila kita menumis sesuatu masakan itu adalah lagi baik kita tumiskan sedikit bawang kecil yang dihiris untuk menambahkan lagi rasa masakan kita dan aromanya.



Bawang merah ditumis sebentar begini sehingga naik aroma.
Korang nampak tak BLANGAH mama.....cewahhhh.... dahlah cili digiling, dimasak pulak dalam blangah....Nasib baik tak masak atas dapur kayu......dan pakai senduk tempurung......Mama suka kalau masak menggunakan Blangah seperti masak kari, asam pedas, masal lemak, sambal tumis, rendang dan lain-lain. Rasanya enak ya jika kita masak menggunakan Blangah ini kerana ianya diperbuat dari tanah liat.


Bila dah naik aroma kita masukkan serai dan bahan-bahan yang digiling tadi dan ditumis sehingga terbit minyak ataupun sehingga pecah minyak. Dalam erti kata yang lain hingga garing basah bahan tersebut.

Sediakan air asam jawa.
Asam yang baik adalah dari jenis asam yang tua dipokok yang tidak mempunyai biji. Ianya boleh didapati di pasar atau pasaraya dalam bentuk bulat seperti penumbuk. Harganya agak mahal sedikit dari asam jawa biasa tetapi kita cuma perlukan sedikit sahaja kerana rasanya agak masam.

Masukkan ke dalam kuah, kalau suka masukkan dengan hampasnya sekali kerana ianya tidak berbiji. Terpulang kepada selera masing-masing dan masukkan air. jangan terlalu banyak air. Biar sama serap


Jangan tunggu sehingga mendidih baru masukkan ikan . Sebaik-baik air asam telah dimasukkan, masukkan ikan bersama sayur asin dan daun limau purut supaya ianya mesra

Bila kuah mulai mendidih masukkan daun kesum



Perasakan sedikit gula dan garam sesedap rasa.


mmmmmm....siap untuk dihidang.............................
kan ku hidangi segala santapan
bersulam-sulaman yang enak dan nyaman
sang buluh perindu menghibur merdu
amboi tersusun silang mengalun
lunaknya berseri ....lunak berseri
bak pantun memantun..............

Jikalau kau tidur
Tidurlah hai manja.....
Ahai.......tidurlah selesa
Tidurlah nan nyenyak
Ahai...di pinggir kayangan.........



Eehehehehhe....korang penah dengar lagu tuh tak......Tulah lagu Ghazal yang dinyanyikan oleh Biduanita Datuk Syarifah Aini yang berasal dari Johor Bahru. Ghazal sangat popular di Johor Bahru yang mula asalnya dibawakan oleh Keturunan Arab yang tinggal bermastautin di Johor dan Singapura.......... tu saje info...kalau korang pegi umah orang kawin kat Johor masih ada lagi yang menjemput kumpulan Ghazal dan ada juga yang masih BERGHAZAL di waktu petang setelah bekerja untuk mengisi masa lapang bagi Pakcik dan Makcik di serambi rumah mereka secara berkumpulan sehingga kini.
babai.................... jumpa lagi muahhhhhhhhhhhhh..................




















































































































































































































































No comments: