Monday, April 28, 2008

Permata Hati Ayah Bonda..........

Assalamualaikummmmmmm w.b.t.................. semoga anda semua berada di dalam rahmat Allah....cewahhhhhhhhhhhh........ mmmm...... kali nie mama nak bercerita tentang kakak pulak....anak mama yang sulung. Pada 29 mac lalu dengan gembiranya kakak telah bagitau mama yang dia telah terpilih untuk mewakili sekolah agamanya bagi tilawah membaca Al Quran peringkat zone...... Alhamdulilah.....


kakak bersiap-siap nak ke sekolah agama untuk menyertai tilawah al -quran, kalau menang kakak akan ke peringkat zone pulak

kakak di hadapan sekolah agamanya bersama-sama rakan sekelas, 2 org terpilih untuk ke peringkat zone untuk majlis tilawah dan bercerita

kakak terpilih untuk mewakili sekolahnya bagi peringkat zone

Syabas kakak, Adik doakan kakak menang ok!

latihan demi latihan yang kakak usahakan kami sertakan dengan doa........

Ya Allah berilah aku kekuatan dan ketabahan hati pada hari peraduan nanti..................berdebar-debar hati kakak. Tengok tu Adik dengan Naura(sepupu) sembahyang yang yang yok..........

Tarikh : 24.04.2008
Masa :Jam 8.00 pagi
Bertempat di Sekolah Agama Felda Bukit Permai,
Layang-layang, Simpang Renggam Johor.


Aduhai jauh bebenar tempatnya ya.......sampai ke Simpang Renggam. Nasib baik perjalanan cuma 1 jam


Majlis Perujian Membaca, Mentahfiz, Mentafsir Al Quran, Bercerita, Syarahan Bahasa Arab,
Tarhim dan Azan, Kuiz dan Nasyid Peringkat Zon 4

Majlis ini telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Johor dengan kerjasama semua guru-guru di daerah Johor dan bertempat di Sekolah Agama Felda Bukit Permai Layang-Layang Johor di Simpang Renggam



Majlis dimulakan dengan persembahan Nasyid berjudul Sirratunnabi dari Sekolah Agama Taman Dahlia, Tampoi, Johor Bahru

Guru Besar Sekolah Agama Felda Bukit Permai sebagai tuan rumah
memberi ucapan alu-aluan

tetamu jemputan yang terdiri dari kakitangan Jabatan Agama Johor

Ya Allah rupanya ramai betul orang......tapi kakak sikitpun tak takut yang penting mencuba.....

Peserta-peserta semuanya telah dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian dan tempat. Bagi perserta (Puteri) yang menyertai Tilawah Al-Quran telah ditempatkan di dalam bilik yg ke 2 dan yang lain-lain di dewan yang berasingan bagi kategori masing-masing.


Inilah dia dewan dan pentas di bilik no 2 dimana kakak akan beradu

Lelaki dan perempuan juga dipisahkan. Barisan yang menyertai Tilawah Al-Quran bagi bahagian (Puteri) Tahap 1, kakak adalah perserta ke- 4. Apa yang kakak menungkan tuh......................

Zulaikha Anastasia Binti Zulkifli yang mewakili Sekolah Agama Perumahan Mara Desa Rahmat, Wakil Zone Tampoi Johor Bahru


Dan akhirnya kakak cuba layak mendapat sagu hati....Syabas kakak sekurang-kurangnya kakak telah mencuba dan sehingga dapat mewakili sekolah bagi peringkat zone......

Adik kakak sayang...............

mama.....kenapa Anne tak menang...tak apa nak.....masa masih panjang...cuba lagi.... Macam ni boleh ke nanti besar Anne nak masuk Akademik Al Quran mama.....insya Allah



Syabas Zulaikha sekurang-kurangnya kamu layak sehingga ke peringkat Zone Tampoi, Ustazah akan latihkan kamu lagi........
(Kakak bersama Ustazah Hasmah guru kelas dan Guru Besar Sekolah Agamanya)

Ustazah Hasmah telah menganjurkan agar kami sekeluarga menghantar kakak ke Sekolah Agama Dato' Omar Yusuf Tampoi, setiap pagi Ahad bagi menjalani latihan bertaranum bagi memperbaiki lagi kelemahan ....kata Ustazah bacaan lancar dan tajwid juga bagus tapi taranum ada kurang sedikit

Both Papa and Mama is very proud and pleased with your academic achievements and may Allah rahmati your goals in life to be a Doctor or Syarie Lawyer. Both Papa and Mama always love you and non stop complaning and talking..........

Alhamdulilah walaupun kakak tak menang tapi kami sekeluarga amat berbesar hati di atas pencapaian kakak setakat ini. Kalah menang bagi kami sekelurga bukan ukuran tetapi yang penting doa kami suami isteri agar anak kami dapat mendekati dan meminati pada Kitab Junjungan Nabi Besar kita S.A.W. dikabulkan Allah. Pada kami bukan sekadar membaca sehingga khatam tetapi meneliti dan menghayati serta menjadikan Al Quran sebagai pegangan dan panduan hidup seumur hidupnya.....Insya Allah

Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn



















































































































































































































































































































No comments: