Tuesday, April 8, 2008

Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm

Sapa nak kene ulek......

ULEK ......ulek-ulek kata orang jawa....ehehehhehe...............Jom kita makan pecal atau jaghanan. Kita buat sambal dia guna BATU ULEK. Apa ulek tuh mama......entah mamapun tak tau....tapi batu ulek mama tauler...macam kat gambo bawah tuh....


Inilah dia BATU ULEK

Batu Ulek sangat terkenal di negara Indonesia. Ianya digunakan sebagai alat untuk melenyek bagi menghaluskan bahan-bahan untuk membuat kuah rojak, jaghanan atau pecal serta gado-gado selain itu ianya juga untuk membuat sambal ulek. Ianya dinamakan ulek mungkin kerana ketika kita menggunakan dia kita tidak menumbuk tetapi melenyek-lenyek tu agaknya dinamakan mengulek kot. Mengulek tu melenyek kot???? Anak batunya ini tidak seperti anak batu lesung. Dihujung pangkal anak batu ulek ini mempunyai bentuk condong meleper dan ianya tidak lurus sebaliknya bengkok dan alur lesung ulek ini juga lebar dan datar seperti sebiji pinggan, tidak seperti alur batu lesung yang dalam seperti mangkuk.

batu lesung

jadi dalam membuat resepi ini mama menggunakan kedua-dua batu ini. Batu ulek ini mama dapat dari seorang ibu saudara mama yang tinggal di Singapura, batu ulek ini diambil dari Daik. Puas mama mengecek ibu saudara mama batu ulek ini dan akhirnya lembut juga hati orang tua tu....ehehhe...sekarang batu ulek ini menjadi kepunyaan mama dahhhhh...... tapi batu lesung tu mama beli sendiri ya...tak mintak sesiapapun. Nak masak apa ni mama guna lesung dan batu ulek nie...ha......mama nak buat jaghanan tapi bahan-bahannya mama telah tambahkan lagi supaya ianya lebih menyelerakan...mmmmmm.....

bahan-bahan asal:-

Seikat kacang panjang

Seikat kanggkung

sebiji timun

sebiji sengkuang

Jika suka kita tambahkan:

beberapa biji buah mangga muda


Bebarapa keping tauhu dan tempe

seikat daun pucuk ubi

jika suka kita tambahkan :

beberapa ikat daun pucuk betik

(Kesemua bahan ini hendaklah disiang dan dicelur HANYA tauhu dan tempe sahaja kita goreng)



Gula merah mengikut sesedap rasa

Semangkuk kacang tanah yang telah siap digoreng sehingga garing

kacang tanah ditumbuk di dalam lesung jangan terlalu halus

Lada kering digunting dan dibasuh lalu dijemur sehingga benar-benar kering (kuantiti lada kering ini tertakluk seberapa banyak kita menggunakan kacang tersebut. Lada kecil juga boleh digunakan bagi menggantikan lada kering

Secubit belacan
segenggam asam jawa
2 labu bawang merah
5 ulas bawang putih
jika suka boleh masukkan sedikit ubi cekur
Kesemua bahan-bahan ini kita goreng satu persatu, lada kering tersebut digoreng garing tetapi jangan sehingga hangus, bawang digoreng 1/2 masak. perli kita ingat di sini apabila menggoreng kita tidak perlu menggunakan terlalu banyak minyak
Kesemua bahan yang digoreng dibubuh di dalam batu ulek

kita ulekkannya begini perlahan-lahan sambil kita masukkan gula melaka sedikit-sedikit



dan sehingga menjadi halus dan berkilat begini dan menghasilkan sedikit minyak




masukkan kesemua bahan yang telah diulek itu ke dalam mangkuk dan bubuh kacang tanah tadi dan tambahkan sedikit lagi gula merah jika rasanya kurang



Kita kacau sehingga sebati begini dan tambahkan sedikit air masak untuk mencairkan sedikit tetapi jangan terlalu banyak. Kuah ini boleh disimpan lama di dalam peti dingin beku tetapi jangan tambahkan air. Bila nak menghidang barulah tambahkan air panas dan kacau untuk mencairkannya sedikit seperti di bawah ini.



inilah dia bahan-bahan yang telah kita celur dan siap untuk dihidangkan




Kita satukan kesemua bahan-bahan dan tuangkan kuah kacang itu ke atas bahan-bahan


Lalu kita gaulkan ianya seperti membuat rojak dan boleh dimakan bersama nasi atau di ratah begitu sahaja......

Bahan kuah itu kita boleh juga menggunakan pengisar atau blender untuk kemudahan kita sendiri, tetapi mama lagi suka menggunakan batu ulek kerana lebih sedap dan asli. Mentelah lagi dah ada batu ulek nie.....ehehhee.......jaghanan tau pecal ini sangat popular di Indonesia, Johor dan Singapura makanan ini memang berasal dari Indonesia. Ianya sedap dimakan begitu sahaja atau dengan Nasi Rawan atau Nasi Jaghanan. Kuah ini sama seperti membuat kuah gado-gado tetapi gado-gado tidak meletakkan mangga, pucuk betik, pucuk ubi, tetapi bahan yang lain adalah sama dan ditambah dengan keropok ikan.

perggggg! kembung perut melantak pucuk ubi.....

byeeeeeeeeeeeeee














































































































































1 comment:

jaketbiru said...

perhhhhhhhh bertambah boroi aaaa nide...