Sunday, April 27, 2008

Resepi Istimewa Khusus Buat yang Ke Dapur Cuma Setahun Sekali


Hi semua apa khabar..................... ini Adik........... Adik nak jadi Spiderman............. Baju ni Kakak Yaya yang belikan dekat Perak masa Kakak Yaya kena pegi outstation dulu......Kak Tiqa yang amikkan gambar ni. Ajim nak jadi Spiderman..................... Thank you Kakak Yaya, Ajim sayang Kakak Yaya .I love you so much. Handsomekan Adik !

Assalamualaikum...Hi, saya Anne........Saya bercita-cita nak jadi Doktor dan cita-cita kedua saya nak jadi Peguam Syariah..... Saya suka pakai Jubah ni....Jubah ni Nenek yang belikan di Mekah, Tudung saya ni dihadiahkan oleh Auntie saya iaitu Auntie Marcella. Thank you Nenek dan Auntie Marcella ..................

Jom kita tengok resepi mama kali ni...Resepi keluarga yang sangat mudah dan ringkas. Resepi ni adalah makanan harian keluarga mama. Nama resepi ni ialah Sambal Bilis Tahun. Kelakar kan namanya. Anne tanya mama dan nenek kenapa nama sambal ni macam ni, nenek kata masa zaman dahulu nenek moyangnya membuat sambal ni khas buat ahli keluarga yang nak menunaikan fardhu haji, umrah ataupun nak belayar jauh dan sebagai makanan harian keluarga. Kata nenek sambal ni boleh disimpan lama lebih kurang setahun dua. Jadi nenek kata kalau malas nak masak, masak sekali banyak-banyak dan boleh disimpan lama. Bila nak makan tak perlu panaskan cuma tuangkan ke pinggan dan bubuh nasi, Anne suka makan sambal ni dengan biskut lemak ataupun roti. Mama selalu makan dengan nasi panas macam tu saja. MMMM....kalau darurat pun bagus jugak. Agaknya Atok Nyang buat sambal ni dulu sebab perang Jepun tak ada duit nak beli makanan lain jadi sambal ni boleh disimpan dan makan berkali-kali. Agaknya...Anne cuma meneka saja. Baiklah jom kembali kepada mama...biar dia terangkan macamana nak buat sambal ni...... Anne tolong mama ambikkan gambar.

Lada kering dalam 1/2 kg kita belah 2 dan buangkan bijinya, cuci bersih toskan air dan jemurkan di bawah terik matahari sehingga benar-benar kering. Proses ini mengambil masa lebih kurang 3-4 hari untuk memastikan ianya benar-benar kering. Kemudian kita goreng tanpa minyak ataupun *disangan dengan menggunakan api perlahan. Goreng sehingga ianya agak garing tetapi jangan sampai hitam kerana ianya akan membuatkan lada menjadi pahit. Proses ini hendaklah berhati-hati kerana lada cepat menjadi garing dan hangus

Bila lada kering benar-benar telah kering kita ayakkan untuk memisahkan bijinya

15 ulas bawang kecil dihiris memanjang dan goreng sehingga garing

1 labu bawang putih dihiris memanjang dan digoreng hingga garing tetapi jangan terlalu garing

1/2 mangkuk kecil ikan bilis dibuang perut dan digoreng garing
Bawang kecil dan bawang putih yang telah digoreng disatukan
Lada kemudian dikisar kering sehingga halus, lada dikisar bersama-sama dengan sedikit gula pasir agar lada dan gula sebati meresap
Campurkan bawang dan lada yang telah dikisar kemudian diramas sebentar bawang tetapi jangan terlalu hancur. Tujuan lada dan bawang diramas adalah untuk menyatukan bahan-bahan tersebut dan supaya ianya mesra. Bila proses meramas ini dilakukan minyak yang keluar dari bawang yang digoreng akan meresap ke lada tersebut

Ikan bilis yang telah digoreng garing

Masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal tersebut dan gaul sebati sehingga ikan bilis tersebut menyaluti sambal dan berwarna kemerahan

Inilah dia Sambal Bilis Tahun
Jemput makan semua..............................
Sambal ini boleh disimpan lama dan sesuai dibawa bekal kemana saja untuk perjalanan yang jauh, di bulan ramadhan sebagai lauk ringkas untuk bersahur dan yang paling best bila dapur kering tak ada lauk maka sambal ini menjadi menu utama............. namun yang paling istimewa sekali bagi sesiapa yang pemalas masak kalau mencuba resepi ini cuma perlu sekali setahun turun ke dapur kerana sambal bilis tahun nie boleh simpan setahun hahahhahaha.........
*disangan = digoreng di dalam kuali tanpa menggunakan minyak


babai..........................

















































































No comments: