Monday, April 28, 2008

Permata Hati Ayah Bonda..........

Assalamualaikummmmmmm w.b.t.................. semoga anda semua berada di dalam rahmat Allah....cewahhhhhhhhhhhh........ mmmm...... kali nie mama nak bercerita tentang kakak pulak....anak mama yang sulung. Pada 29 mac lalu dengan gembiranya kakak telah bagitau mama yang dia telah terpilih untuk mewakili sekolah agamanya bagi tilawah membaca Al Quran peringkat zone...... Alhamdulilah.....


kakak bersiap-siap nak ke sekolah agama untuk menyertai tilawah al -quran, kalau menang kakak akan ke peringkat zone pulak

kakak di hadapan sekolah agamanya bersama-sama rakan sekelas, 2 org terpilih untuk ke peringkat zone untuk majlis tilawah dan bercerita

kakak terpilih untuk mewakili sekolahnya bagi peringkat zone

Syabas kakak, Adik doakan kakak menang ok!

latihan demi latihan yang kakak usahakan kami sertakan dengan doa........

Ya Allah berilah aku kekuatan dan ketabahan hati pada hari peraduan nanti..................berdebar-debar hati kakak. Tengok tu Adik dengan Naura(sepupu) sembahyang yang yang yok..........

Tarikh : 24.04.2008
Masa :Jam 8.00 pagi
Bertempat di Sekolah Agama Felda Bukit Permai,
Layang-layang, Simpang Renggam Johor.


Aduhai jauh bebenar tempatnya ya.......sampai ke Simpang Renggam. Nasib baik perjalanan cuma 1 jam


Majlis Perujian Membaca, Mentahfiz, Mentafsir Al Quran, Bercerita, Syarahan Bahasa Arab,
Tarhim dan Azan, Kuiz dan Nasyid Peringkat Zon 4

Majlis ini telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Johor dengan kerjasama semua guru-guru di daerah Johor dan bertempat di Sekolah Agama Felda Bukit Permai Layang-Layang Johor di Simpang Renggam



Majlis dimulakan dengan persembahan Nasyid berjudul Sirratunnabi dari Sekolah Agama Taman Dahlia, Tampoi, Johor Bahru

Guru Besar Sekolah Agama Felda Bukit Permai sebagai tuan rumah
memberi ucapan alu-aluan

tetamu jemputan yang terdiri dari kakitangan Jabatan Agama Johor

Ya Allah rupanya ramai betul orang......tapi kakak sikitpun tak takut yang penting mencuba.....

Peserta-peserta semuanya telah dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian dan tempat. Bagi perserta (Puteri) yang menyertai Tilawah Al-Quran telah ditempatkan di dalam bilik yg ke 2 dan yang lain-lain di dewan yang berasingan bagi kategori masing-masing.


Inilah dia dewan dan pentas di bilik no 2 dimana kakak akan beradu

Lelaki dan perempuan juga dipisahkan. Barisan yang menyertai Tilawah Al-Quran bagi bahagian (Puteri) Tahap 1, kakak adalah perserta ke- 4. Apa yang kakak menungkan tuh......................

Zulaikha Anastasia Binti Zulkifli yang mewakili Sekolah Agama Perumahan Mara Desa Rahmat, Wakil Zone Tampoi Johor Bahru


Dan akhirnya kakak cuba layak mendapat sagu hati....Syabas kakak sekurang-kurangnya kakak telah mencuba dan sehingga dapat mewakili sekolah bagi peringkat zone......

Adik kakak sayang...............

mama.....kenapa Anne tak menang...tak apa nak.....masa masih panjang...cuba lagi.... Macam ni boleh ke nanti besar Anne nak masuk Akademik Al Quran mama.....insya Allah



Syabas Zulaikha sekurang-kurangnya kamu layak sehingga ke peringkat Zone Tampoi, Ustazah akan latihkan kamu lagi........
(Kakak bersama Ustazah Hasmah guru kelas dan Guru Besar Sekolah Agamanya)

Ustazah Hasmah telah menganjurkan agar kami sekeluarga menghantar kakak ke Sekolah Agama Dato' Omar Yusuf Tampoi, setiap pagi Ahad bagi menjalani latihan bertaranum bagi memperbaiki lagi kelemahan ....kata Ustazah bacaan lancar dan tajwid juga bagus tapi taranum ada kurang sedikit

Both Papa and Mama is very proud and pleased with your academic achievements and may Allah rahmati your goals in life to be a Doctor or Syarie Lawyer. Both Papa and Mama always love you and non stop complaning and talking..........

Alhamdulilah walaupun kakak tak menang tapi kami sekeluarga amat berbesar hati di atas pencapaian kakak setakat ini. Kalah menang bagi kami sekelurga bukan ukuran tetapi yang penting doa kami suami isteri agar anak kami dapat mendekati dan meminati pada Kitab Junjungan Nabi Besar kita S.A.W. dikabulkan Allah. Pada kami bukan sekadar membaca sehingga khatam tetapi meneliti dan menghayati serta menjadikan Al Quran sebagai pegangan dan panduan hidup seumur hidupnya.....Insya Allah

Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn



















































































































































































































































































































Sunday, April 27, 2008

Resepi Istimewa Khusus Buat yang Ke Dapur Cuma Setahun Sekali


Hi semua apa khabar..................... ini Adik........... Adik nak jadi Spiderman............. Baju ni Kakak Yaya yang belikan dekat Perak masa Kakak Yaya kena pegi outstation dulu......Kak Tiqa yang amikkan gambar ni. Ajim nak jadi Spiderman..................... Thank you Kakak Yaya, Ajim sayang Kakak Yaya .I love you so much. Handsomekan Adik !

Assalamualaikum...Hi, saya Anne........Saya bercita-cita nak jadi Doktor dan cita-cita kedua saya nak jadi Peguam Syariah..... Saya suka pakai Jubah ni....Jubah ni Nenek yang belikan di Mekah, Tudung saya ni dihadiahkan oleh Auntie saya iaitu Auntie Marcella. Thank you Nenek dan Auntie Marcella ..................

Jom kita tengok resepi mama kali ni...Resepi keluarga yang sangat mudah dan ringkas. Resepi ni adalah makanan harian keluarga mama. Nama resepi ni ialah Sambal Bilis Tahun. Kelakar kan namanya. Anne tanya mama dan nenek kenapa nama sambal ni macam ni, nenek kata masa zaman dahulu nenek moyangnya membuat sambal ni khas buat ahli keluarga yang nak menunaikan fardhu haji, umrah ataupun nak belayar jauh dan sebagai makanan harian keluarga. Kata nenek sambal ni boleh disimpan lama lebih kurang setahun dua. Jadi nenek kata kalau malas nak masak, masak sekali banyak-banyak dan boleh disimpan lama. Bila nak makan tak perlu panaskan cuma tuangkan ke pinggan dan bubuh nasi, Anne suka makan sambal ni dengan biskut lemak ataupun roti. Mama selalu makan dengan nasi panas macam tu saja. MMMM....kalau darurat pun bagus jugak. Agaknya Atok Nyang buat sambal ni dulu sebab perang Jepun tak ada duit nak beli makanan lain jadi sambal ni boleh disimpan dan makan berkali-kali. Agaknya...Anne cuma meneka saja. Baiklah jom kembali kepada mama...biar dia terangkan macamana nak buat sambal ni...... Anne tolong mama ambikkan gambar.

Lada kering dalam 1/2 kg kita belah 2 dan buangkan bijinya, cuci bersih toskan air dan jemurkan di bawah terik matahari sehingga benar-benar kering. Proses ini mengambil masa lebih kurang 3-4 hari untuk memastikan ianya benar-benar kering. Kemudian kita goreng tanpa minyak ataupun *disangan dengan menggunakan api perlahan. Goreng sehingga ianya agak garing tetapi jangan sampai hitam kerana ianya akan membuatkan lada menjadi pahit. Proses ini hendaklah berhati-hati kerana lada cepat menjadi garing dan hangus

Bila lada kering benar-benar telah kering kita ayakkan untuk memisahkan bijinya

15 ulas bawang kecil dihiris memanjang dan goreng sehingga garing

1 labu bawang putih dihiris memanjang dan digoreng hingga garing tetapi jangan terlalu garing

1/2 mangkuk kecil ikan bilis dibuang perut dan digoreng garing
Bawang kecil dan bawang putih yang telah digoreng disatukan
Lada kemudian dikisar kering sehingga halus, lada dikisar bersama-sama dengan sedikit gula pasir agar lada dan gula sebati meresap
Campurkan bawang dan lada yang telah dikisar kemudian diramas sebentar bawang tetapi jangan terlalu hancur. Tujuan lada dan bawang diramas adalah untuk menyatukan bahan-bahan tersebut dan supaya ianya mesra. Bila proses meramas ini dilakukan minyak yang keluar dari bawang yang digoreng akan meresap ke lada tersebut

Ikan bilis yang telah digoreng garing

Masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal tersebut dan gaul sebati sehingga ikan bilis tersebut menyaluti sambal dan berwarna kemerahan

Inilah dia Sambal Bilis Tahun
Jemput makan semua..............................
Sambal ini boleh disimpan lama dan sesuai dibawa bekal kemana saja untuk perjalanan yang jauh, di bulan ramadhan sebagai lauk ringkas untuk bersahur dan yang paling best bila dapur kering tak ada lauk maka sambal ini menjadi menu utama............. namun yang paling istimewa sekali bagi sesiapa yang pemalas masak kalau mencuba resepi ini cuma perlu sekali setahun turun ke dapur kerana sambal bilis tahun nie boleh simpan setahun hahahhahaha.........
*disangan = digoreng di dalam kuali tanpa menggunakan minyak


babai..........................

















































































Thursday, April 24, 2008

Telur Pindang Warisan Masakan Negeri Johor

Assalamualaikummmmmmm....................


Hi semuaaaaaaaaaaaaa.................... penah pergi kenduri kahwin kat Johor tak? kalau penah.....korang penah jumpa TELUR PINDANG tak? ehehhee.......mmmmm......ada orang tak suka bau dan rasa dia ada orang pulak berantu. Bagi orang Johor telur pindang adalah satu kemestian untuk majlis perkahwinan, cukur jambul atau apa jua keramaian. Orang Johor nie masakan diaorang agak cerewet dan penuh dengan rempah ratus....tak taulah kenapa ekk........ Minggu lepas Df ada bagi tau mama, dia ada hajat besar...hajat apa lak ek....buat suspen aje besan mama nie...ehehehhehe..upanya DF teringin nak makan telur pindang.....suruh mama buatkan dalam 20 biji..aisey....boleh apa salahnya.........asal ko tau makan dah ........kalau tak tau makan nanti ingat telur tu telur busuk....... So mamapun dengan besar hati ikhlas nak buatkan DF telur pindang nie walaupun ini adalah kali pertama mama membuatnya......sebelum nie mama cuma tolong emak mama dalam proses membuat telur pindang...tak pernah buat seorang ...kali nie mama berani mencuba membuat sendiri...... Emak cuma tengok saje cara mama buat.....jadi QC...ahahhahahha........ berdebar-debar jugak buat nie....maklumlah.........nak bagi bakal besan....
So dengan pertolongan Emak mama.....Bonda tercinta Hajjah Aisyah maka mamapun memulakan projek mama.....

Tenghari Isnin yang lepas mama dan mak telah meredah semak samun....mencari daun-daun..


emak sedang memetik daun senduduk


di sini mak tanam pokok lengkuas upanya


bahan-bahan nak buat telur pindang ni bersepah kat semak samun tau...senang ajekan......nasib baik mama dan emak tak kene patuk dek pak anjang...........


Baiklah tanpa buang masa lagi mama perturunkan resepi warisan Johor




Sedikit garam putih untuk menabur



Semangkuk ketumbar



Segenggam jintan kasar





2 genggam jintan halus





Beberapa ketul lengkuas



1/2 rumpun halia( jangan pulak bubuh halia serumpun macam nie untuk 30 biji telur)



Kulit bawang merah kalau lagi banyak lagi bagus




4 helai daun limau purut



3 ranting daun jambu batu






8 ranting daun bebuas



12 batang serai


20 helai daun lengkuas



8 ranting daun senduduk







Kulit bawang, daun bebuas daun lengkuas yangt elah dikerat-kerat



Daun jambu batu, daun senduduk, halia, lengkuas dan serai yg dihiris-hiris



telur ayam hendaklah dicuci terlebih dahulu dan ditoskan airnya






Daun-daun tadi disatukan dan dimasukkan ke dalam periuk





Taburkan rempah, halia, lengkuas dan serai





Susun telur di atas daun-daun dan taburkan lagi rempah dan garam



Tutupkan telur yang telah disusun dengan daun-daun dan rempah dan taburkan lagi garam dan ulangi lagi proses menyusun telur lagi dan daun-daun serta rempah sehingga telur habis







Masukkan air dan rebus




Perlu diingat di sini bagi majlis kenduri kahwin biasanya telur pindang akan direbus dalam jumlah yang besar lebihkurang 1000 -3000 biji dan akan mengambil masa dalam 3 hari, tetapi di sini mama hannya merebus 30 biji telur dan mengambil masa cuma 1 hari 1/2 sahaja.






Rebus sehingga daun-daun layu dan bertukar warna. Tambahkan air jika air menjadi kering






Keesokkannya telur siap dimasak apabila warnanya benar-benar telah berubah menjadi coklat



Inilah hasil telur pindang yang telah dimasak....Telur yang dalam bekas kaca tu adalah telur semasa hari perkahwinan mama....masih disimpan dengan baik...kerana ianya adalah telur marble khas untuk main table...ahahahhahahha

*******




RALAT

Ini adalah daun salam........daun ini juga adalah salah satu ramuan sebagai bahan untuk membuat telur pindang tetapi hari tu papa outstation so tak ada siapa nak pergi petik daun tu sebab pokoknya tinggi dan jauh kat kawasan lain so mama tak larat nak drive pergi cari daun tu...tapi bagi Awin yang tak pernah tengok daun salam so puas hati eh sekarang....



So itulah cara membuat Telur Pindang Johor yang diwarisi sejak turun temurun oleh keluarga mama........tak taulah apa rasa dia sebab ni 1st time buat seorang diri...selalu emak yang buat...telur pindang ini sebenarnya khas mama buatkan untuk DF yang teringin sangat nak makan telur ni....Khabarnya telur ni jugak nak di bawak ke Kenyir......


Buat sahabat cyber yang pergi kenyir tu Selamat menjamu selera dengan telur pindang dari Johor ni....khas buat korang semua......Semoga gembira dan selamat...........Jangan lupa kat mama tau bila makan telur nie.....................Kalau dah makan telur nie korang kenelah belajar sikit loghat dan bahasa orang johor tau.....ekkkkk.........

Salam sayang dari mama untuk semua teman-teman...................

Sedikit info tentang Johor yang mama amik dari internet...tak taulah siapa buat


1. They end 9 out of 10 sentences with "Ekkk..." Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal. Contoh :- "Ni awak punyer ekk?"


2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it means Johor Bahru (JB), the city not the state. Normally used by mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai-chusettes umpamanya. Contoh : "Beb, gua nak turun Johor laa. Lu nak ikut gua tak?" So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak berkata, "Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question!


3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR". Contoh : "Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Muor besok." Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.


4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I haven't met a Johorean yang serious or square to act. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find sometimes orang luar (non- Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor.(diorang gile ckit) hehe..


5. Diorang ada ENDUT(aweqz). Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut,kire mcm couple le. Contoh ayat : "Haa...kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut."


6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Candy, Otak-otak, Bobotok....Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or candy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor? Gula tarik ader lagi kat Stesen bas Larkin..


7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock! Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. Lagipun, Johor memang ada pertalian kuat dgn British. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak eranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Ramli Sarip (Spore), Amy Search, Zainal Abidin Headwind, Nash Lefthanded, Mael XPDC, Syam Kamikaze, Def Gab C, Bandi Amuk, Bittersweet, Sweet Charity (Spore) etc...Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan,dah ler. Ampun Tuanku!


8. Kenduri Kawin Ada acara baling duit yang time tu,all mak-maks kite akan panggil kite suh rebut $$$$$ sekali.bestt woooo. and ada Telur Pindang. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dgn segala macam rempah dan dedaun untuk m'dptkan that special taste. Lepas rebus,telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. nice! Normally it's for special occasion, like wedding day.


9. Tidur atas "LECA"** (LE+CE) (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam "GEROBOK" **. Ambik "GEBOR" tu.


10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat Channel Singapore! For information, Johor bleh terima siaran from S’pore, Indonesia n Brunei!! Kalo dok johor, xde astro pun xpe...

keh...keh...keh...(Tiru ketawa mr cool)