Monday, April 21, 2008

Daging Ripee Warisan Masakan Bonda Mertua

assalamualaikummmmmmmmmmm.....

macam lama tak menulis gitu......rindu pulak....minggu lepas masak nasi Ayam Peru tapi sayang bila copy pic kat pc upanya terdelete....so lain kali ajelah ya korang dapat tengok resepi tuh. MMMMMM....kali ni nak masak apa ye....memandangkan papa nak outstation so mama tanyalah apa yang dia nak makan.....wah pantas aje papa jawab nak makan Daging Masak Ripee. Penah korang dengar ke Daging Masak Ripee nie...mmmmm..sedap tau. Dia macam masak kicap tapi tak sama dan rasa lain. Sangat simple dan tak perlukan banyak bahan. Masakan ni adalah masakan kegemaran seisi keluarga, keluarga papa. Kata mertua mama, ni masakan warisan keluarga untuk masakan harian bukan masakan istimewa untuk hari-hari tertentu. Masak macam orang malas pun ya jugak...mama rasa, ehehhehhe....sorry papa...senang cerita masakan orang yang tak cerewet. So hari Sabtu macam biasalah mama ke Pasar Tani beli daging. Pukul 7.15 pagi mama dah melilau kat Pasar Tani ramai betul orang terutama Singaporean nak cari sayur kampung. Mama belilah daging 1kg nak masak untuk papa tersayang.........

Bonda Mertua Hajjah Rafeah yang masih anggun di usia 83 tahun! Syukur mak masih sihat...kami sekeluarga sangat sayangkan mak...terima kasih mak atas segala resepi, petua dan nasihat serta tunjuk ajar mak selama ini.....

tulah gambar mertua mama....cantik tak...... mama suka tengok wajah dia, seorang wanita yang sangat cekal dan tabah. Dalam usia semuda 45 tahun mendidik anak seramai 12 orang seorang diri. Syabas mak!

Oklah mama nak bagi korang rasa mama punya masakan nie.....ehehehehe nie mama amik dari mertua mama tau....Kata orang nak mengikat suami ikatlah perutnya.....ikat perut????....dengan apa? dengan masakanlah...masakan yang kita ceduk dari ibunya sendiri, janganlah ego dengan mertua kerana kita kurang senang dengan masakan beliau kerana sejak lahir suami kita makan dari air tangan ibunya bahkan dari dalam rahim lagi! kalau kita katakan masakan ibu kita adalah yang paling sedap di dunia begitu juga dengan suami kita... mama tau ramai antara kita para isteri rasakan masakan mertua taklah sesedap ibu kita sendiri dan sering mencemik, tak mahu mempelajari resepi dari mereka untuk menghidang suami tercinta. Dengan perasaan bangga diri kita langsung tak menghiraukan perasaan suami dan kalau boleh nak menghapuskan terus apa jua jenis masakan yang suatu masa dahulu menjadi kegemaran suami kita...... kalau nak suami sayang tanyalah pada ibunya apa kegemaran suami kita, tiru 100% masakan ibunya. Minta ibunya ajarkan kita apa yang dimasakanya. Walaupun masakan kita tak sehebat masakan ibunya tapi nanti suami akan sedar betapa kita sebagai isterinya seboleh-boleh mahu menjadi sehebat ibunya....dan di situlah suami akan amat menghargai isteri. Itulah sebenarnya pesan dari Bonda mama sendiri....... Sebenarnya banyak sangat resepi masakan tradisi yang mertua mama ajarkan tapi yang ini dulu mama akan perkenalkan........ Jom kita ke dapur....

1 kg daging fresh dipotong nipis tetapi jangan terlalu nipis..... dicuci bersih dan ditoskan


Sedikit kicap lemak manis
2 labu bawang besar
2 inci halia
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering yang siap dikisar


Daging dimasukkan di dalam periuk dan dituangkan kicap manis, gaulkan

tambahkan air untuk merebus


rebus seperti biasa
* Jika menggunakan daging pinang juga kita WAJIB merebus daging tersebut seperti ini tetapi jangka waktu yang agak singkat



kesemua bahan ditumbuk



Tumis bahan yang ditumbuk dan lada yang telah dikisar



Biarkan sehingga terbit minyak dan agak garing



Perasakan sedikit gula dan tak perlu diperasakan garam kerana kicap tadi juga berasa masin



Daging yang telah direbus akan kelihatan seperti ini (jangan dibuang airnya)



Masukkan daging ke dalam bahan yang ditumis sebentar tadi bersama airnya. Kalau boleh jangan bubuh terlalu banyak air kerana nanti dia lambat kering
Masak daging sehingga kuahnya benar-benar pekat dan berkilat tetapi jangan sehingga kering.



MMMM........yummy...yummy........ untuk papa cayang

Apa lagi soruuuuuuuuuuuuu....................................senang bukan resepi nie...mudah dan ringkas. Daging ni sedap di makan bersama nasi panas dan roti. Cubalah.............


babai..........








































































Wednesday, April 16, 2008

Sayangi Keluarga Anda

Assalamualaikummmmmmmmmmmmm



hi semua.................siapa dalam dunia nie tak ada keluarga? hatta haiwan pun berkeluarga. Samaada keluarga besar ataupun kecik namun bila ada ayah ibu dan anak itulah dia sebuah keluarga. Jika insan punya keluarga yang bahagia alangkah indahnya hidup ini tetapi bagi insan yang punya keluarga yang tak sepertinya....banyakkanlah doa pada Allah agar diberi RahmatNya......... Siapa yang tak sayang keluargakan......semua orang sayangkan keluarga dan bila kita sendiri dah berkeluarga kita akan lebih menghargai keluarga yang kita bina bersama dengan insan yang kita cintai.......................oleh itu janganlah kita abaikan dengan keluarga yang telah kita bina atas dasar rasa cinta dan kasih sayang......



mmmmm....kenapa mama cerita pasal keluarga....pasal mama ada keluarga.....keluarga yang mama bina bersama insan yang amat mama cintai serta anak-anak yang amat mama kasihi..... namun biasalah sebagai ibu yang bekerja kekadang apabila pulang dari kerja kita terasa amat penat dan letih.....bila balik pulak banyak kerja yang menanti disamping kerenah anak-anak yang kekadang membuat kita pening kepala.....namun mama amat bersyukur kerana hubby orangnya ringan tulang walaupun selalu mama tak pernah memuji secara terangan atas apa jua pertolongan yang hubby buat bagi meringankan beban mama di rumah.....ehehe senang citer mama nie cerewet. Biasalah orang lelaki kalau buat kerja asal siap sudahlah....tapi bagi kita perempuan semua nak perfect........ tapi bila mama menghayati coretan ini mama berasa amat tersentuh dan sedih sekali....segera ingatan mama pada hubby dan anak-anak..............Sedihnya, ingatkan anak-anak yang selalu kene marah kalau buat serak atau malas tolong mama....nasib baik papa dia ada kalau tak teruk jugak kene bebel.....



Cuba korang baca citer nie................ kalau tak ada perasaan tak taulah dan kalau tak ada kesedaran maknanya...pintu hati dah tertutup.....................



Jom kita sama-sama menghayati agar menjadi pengajaran buat kita semua......



Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.


Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
"Laila&" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
"Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak?"
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu&"
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. "Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"
"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah.." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
"Laila.." serunya
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."
Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?"
Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan
"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila&" "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."
"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"
Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!" Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila&
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.



cewah macam orang bercinta pulak...eh memangpun....





apapun kelakuan mereka......kitalah yang menentukan coraknya


telatah anak-anak ...........membuat anda tersenyum atau marah???? tepuk dada tanya selera


Amacam sedih tak citer tuh.....mama dapat dari email seorang kawan mama.........Thanks Nazariah.......ingatlah kita pada orang-orang yang kita sayang........ibu bapa suami dan ank-anak.......


Buat Hubby: mama minta maaf jikalau selama ini ada perkataan pebuatan dan kekurangan yang menguris hati papa selama kita hidup berumah tangga.....percayalah tiada siapapun yang dapat mengganti tempat papa.....papa seorang yang amat sempurna di mata ini sebenarnya....cuma selama ini mama hanya ucapkan dalam hati......tapi percayalah....mama teramat bahagia disamping papa dan anak-anak.........Bagi mama papa adalah insan istimewa yang Allah anugerahkan buat mama yang sangat kerdil ini....terima kasih papa atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang tulus ikhlas....semoga kita menjadi suami isteri yang diREDHAI..............


Buat anak-anak: mama minta maaf jikalau selama ini mama selalu membuat anak-anak mama menangis kerana DENDA yang mama kenakan.......percayalah jauh di sudut hati mama bukan berdendam tapi mama berharap agar anak mama menjadi insan yang berguna pada agama bangsa dan negara........ingatlah kasih sayang seorang ibu itu sampai ke Syurga..................MAMA SAYANG KAMU SEMUAAAAAAAAAA.....


aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnn










Monday, April 14, 2008

Resepi Dari Chef Azahar

Assalamualaikummmmmmmm............
mmmmmmm.......... nak makan apa ek...... Asik tak sihat ajeeee...... Doc suruh mama minum Scott emulsion....yuksss.......bau dia aje dah cukup memualkan, tapi terror Adik leh minum berulang kali...ehehhehe....Adik memang macho.......Jumaat hari tuh balik keje singgah Giant, mama dapat beli ikan kod...wow! reganya tok sah cakaplah...... so nak masak apa ikan ni ek.......... Puas pikir.... Tup, tup teringat kat Chef Azahar...eheh apa lagi terus calling calling..... tanya Nor, dia suruh cakap kat Ar.......mamapun tanyalah Chef nie...apa nak digayakan ikan kod nie...... Ar pun suruh mama masak stail Jepun...wah....camner tu ada wasabe ke....Chef Azahar kata simple aje...guna sos kikomen......dan bahan-ahan yang lain mudah je....... Anyway thank you Chef Azahar sebab bagi mama resepi nie.......sampai hati Chef perli laki aku kan terror masak....Sorry ler Chef sejak kahwin nie...dia tak moh ke dapur dah........tapi Chef jangan terperanjat eh.....Joy ada masak jugak tau nak tau apa.......



Teka teki teka tekok....Ular mati dalam mangkuk....... jawab Chef jawab....................jawapan dia ........selepas abis siaran langsung mari memasak bersama Chef mama.......



1 ekor ikan kod putih yang dipotong-potong empat persegi
tak perlu cuci dengan air asam sekadar cuci dengan garam je



4 inci halia
7 ulas bawang putih


1 botol sauce kikomen
jangan curah satu botol pulak


sampai hati Chef Azahar kutuk kicap jalen mama....


bawang putih dan halia ditumbuk
Bahan tumbuk dilumurkan pada badan ikan



tuangkan beberapa titis sauce kikomen

susun di atas grill pembakar dan taburkan daun bawang


bakar di dalam oven.....mama pakai oven nie....

Kalau agak-agak kurang sauce tu korang tambahkanlah lagi sikit tau...tapi jangan banyak sangat
bakar hingga masak tetapi janganlah garing sampai macam goreng ikan atau keropok..sekadar masak






Bila dah masak perahkan lime secukup rasa


Semasa panas lagi korang sapukan butter macam sapu kat roti bakar
Ha....dah siapkan dan makanlah panas-panas dengan nasi atau ratah aje macam kucing
mmmmmmm.......... rasanya sangat lazat dan sedap sekali ya semasa di makan panas-panas......tetapi hanya mama dan Ajim aje yang makan nampaknya......Huby dia tak lalu nak makan katanya....mmmm... marah Ar kalau tau Joy tak nak makan resepi dia nie..... Papapun apa lagi..................



TEKA TEKI TEKA TEKUK
ULAR MATI DALAM MANGKUK


*






*






*










*








*








*







*






*
JAWAPANNYA


MAK KAWAN DATANG NAK MAKAN...................
MEE MAGGI CEPAT DI MASAK SEDAP DIMAKAN......siapa ingat lagi iklan mee maggi tahun 1982 yang budak sekolah balik bawak kawan nak makan .........Inilah dia hasil Chef papa masak ..........ni siap dihidangkan untuk mama tercinta katanya.....hahahhaa....thank you hubby....mama sayang papa......




Anne nak makan Maggie Mamee jelah.....
Adik jadi Ultraman lepas makan ikan kod

























































































































































































































































































Wednesday, April 9, 2008

Jalan Jalan Mintak Resepi..........

Hi assalamualaikummmmmm..................


Kali ni mama nak bagi satu lagi resepi istimewa dari negeri Melaka negeri bersejarah..........tetapi sebelum itu mama ucapkan sekali lagi di dalam Blog mama nie "Selamat Pengantin Baru kepada sahabat cyber mama yang dikasihi iaitu Saudara Zulkifli ataupun Blackwira........... walaupun agak lewat tetapi mama saje masukkan gambar ini kerana pada hari ini mama telah memasak masakan tersebut.......masakan apa tuh mama......TUNGUUUUUUUUUUUU.........terima kasih pada Ruby Eni yang telah mengemailkan pic nie kepada mama




dibelakang tu Azu, Ruby, Ixora.....yg baju hijau duduk di depan tu Bonda tercinta dan di kanan mama ....ehehheehehe anak dara mamalah....



Mama agak terlewat datang ke Majlis Blackwira petang itu, Abang Best dah balikpun...tinggal yang lain-lain....Tun, Apple Tree, Gen 2, Makerpen yang tak bergambar bersama mama nie.... lepas makan mama pun Cha Alif But......kakak kata dia nak pergi tengok Kota Melaka yang roboh tu...A FAMOSA lah tu.......dulu kecik-kecik papa kata dia dah bawak tapi kakak kata dia tak ingat dah..... tak apa kali nie papa dan mama bawak lagi...kakak siap bawak note book dia catat semua yang dia nampak......





Papaa...Adik nak balik naik boat nie.....




yang tinggal hanyalah pintu gerbang kota A Famosa sebagai kenangan......




jalan menuju ke church yang kini sebagai tinggalan pusara bangsawan Belanda


kami menaiki tangga untuk melihat kubu dan sisa2 tinggalan Portugis, kota a Famosa. Ketika melihat binaan kubu a famosa, mama merasa seolah2 dapat membayangkan bangsa portugis suatu masa dahulu yang bertungkus lumus membina kubu tersebut. Setengah pakar sejarah menyatakan orang portugis telah memaksa orang2 melayu yang kalah perang supaya mendirikan kubu tersebut. Binaan kubu tersebut dikatakan menggunakan batu nisan kubur orang islam melayu melaka dan batu2 masjid yang diruntuhkan selain dari jenis batu lada yang dibawakan dari negara mereka. Batu lada ialah sejenis batu yang sangat kuat dan kukuh. Dikatakan penjajah portugis telah membina kubu A Famosa yang cukup kuat . Keadaan kubu tersebut cukup sempurna pada masa tersebut, yang mana dilengkapi dengan bilik tahanan menyeksa tahanan, gudang makanan, stor senjata, kediaman askar dan bangsawan portugis dan lain2. Kedudukannya pula di tempat yang amat strategik, iaitu di puncak bukit menghadap ke Selat Melaka. Kubu tersebut mampu menahan berpuluh2 kali serangan dari laut dan darat. Musuh portugis yang paling digeruni di masa tersebut adalah kerajaan Acheh yang amat kuat, dilengkapi persenjataan armada angkatan laut yang dibekalkan oleh kerajaan Turki Uthmaniah. Keadaan kubu tersebut sebenarnya masih menjadi misteri sehingga ke hari ini, samaada dari segi teknik binaannya, lokasi bilik2 rahsianya dan strategi pertahanannya. Ini kerana bangsa2 lain yang berjaya merampas bumi melaka seperti belanda dan inggeris telah bertindak untuk menghancurkan terus kesan2 portugis. Dikatakan Wiliam Farquhar telah bertindak menyuruh dan mengupah orang melayu supaya menggali dan meranapkan semua kubu2 Portugis. Ini kerana kubu tersebut ditanam cukup dalam supaya teguh dan mampu menahan ancaman peluru2 meriam yang menghentamnya.







Diantara meriam yang masih ada hingga kini


Kenapakah pihak Inggeris begitu bersungguh sekali mahu menghancurkan kubu tersebut? setengah pakar berpendapat, inilah sifat dan perangai bangsa Inggeris apabila dimana sahaja mereka berada. Mereka akan menghancurkan semua kehebatan bangsa lain dan akan menonjolkan kehebatan bangsanya. Sebarang binaan, bangunan, kitab2 pelbagai jenis akan dibakar dan dimusnahkan supaya bangsa lain akan belajar daripadanya, mengikut cara dan budayanya. Melalui cara itu, Inggeris akan dapat mempengaruhi pemikiran bangsa yang dijajahnya dalam tempoh yang lama! Di dalam sisa kubu A Famosa di atas bukit tersebut telah dijadikan oleh orang Belanda sebelum kedatangan Inggeris kuburan2 yang merupakan bangsawan, mubaligh dan pahlawan Belanda yang meninggal dunia. Di sisinya tercatat nama2 masing ditulis dalam bahasa Belanda yang amat sukar untuk disebut. Terdapat juga bilik yang kononnya digunakan untuk menyeksa pesalah2 yang terdiri daripada pahlawan melayu.




di dalam bekas tinggalan church...... di belakang yang berwarna kelabu tersandar di dinding usang tu adalah batu nesan tinggalan bangsawan Belanda



emak kata dia pernah naik kereta kebal ini semasa baru berkahwin dengan arwah Ayah dulu di zaman jajahan British


dengan menaiki kereta inilah Yang Berbahagia Tunku Abdul Rahman meraikan hari kemerdekaan yang pertama pada 1957

Setelah habis mengelilingi A Famosa di Bandar Hilir dan selepas Solat Maghrib, mama memberitahu pada kakak bahawa suku sakat orang Portugis masih lagi tinggal di melaka iaitu di Ujung Pasir, kakak nampaknya berminat dan kamipun terus menuju ke Kg Portugis di Ujung Pasir...... Kebetulan pula dalam bulan Disember iaitu bulan sambutan perayaan hari natal ataupun Xmas.... dimana kami dapati pandangan di Kampung Portugis bermandikan cahaya dengan lampu kelap kelip berwarna- warni....sungguh meriah sekali seperti suatu pesta keramaian........Mereka bersungguh-sungguh menghias rumah dan pokok-pokok bagi meraikan Xmas......... Kami hanya bersiar-siar sambil menikmati pemandangan yang sungguh cantik itu.....Tiba-tiba kami ternampak sekumpulan orang Portugis sedang bersantai di hadapan halaman mereka......mama apalagi terus mendapatkan mereka....nasib kami baik kerana mereka ini sangat peramah, mama bertanyakan tentang serba sedikit sejarah Portugis, sejarah kampung ini dan perayaan yang disambut..... Paling best sebenarnya mama nak tahu bagaimana cara membuat Chicken Curry Devil...walaupun mama dah ada resepi tu tapi mama hanya dapat di internet....mama suka kalau sesuatu resepi yang berasal dari mana-mana negeri atau negara atau kaum tu mama dapat dari individu tersebut......lebih asli dan puas hati..... terima kasih kepada Auntie Anny yang telah memberikan mama resepi lengkap Chicken Curry Devil dengan lengkap....

bersama keluarga orang portugis



di hadapan rumah Auntie Anny yang bermandikan cahaya lampu kelap kelip

Baiklah dah penat berjalan kan.......jom tolong mama masak.....


1 ekor ayam dicuci bersih......guna ayam organik Dr Zainol yer......


2 sudu teh biji sawi


labu bawang besar
7 ulas bawang kecil
2 ibu jari halia
2 ibu jari kunyit
6 ulas bawang putih
3 biji buah keras
cili kering secukupnya



kesemua bahan dikisar sehingga halus kecuali bawang kecil


Bawang kecil hendaklah dihiris dan digoreng sehingga wangi


Masukkan cili, bahan-bahan kisar yang lain


dan tumis sehingga terbit minyak



Masukkan ayam dan biji sawi dan biarkan sehingga ayam empuk, perasakan sedikit garam dan gula sesedap rasa



masukkan 3 biji buah tomato yang dipotong baji

tuang 4 sudu besar cuka dan kacau kemudian segera matikan api


ha...dah siappun Chicken Curry Devil mama yang diajarkan oleh Auntie Anny

Jom......apalagi makanlah...kan dah penat berjalan tuh........








babai....................