Rancangan seterusnya.............
Jom Masak bersama SAJI........ha....????? bersama SAJI......?????? ehhh bukan..... bukan...... Mari masak bersama Mama......
Rancangan ini telah dibawakan oleh...............
Gunakan tanpa was-was...tanpa kolestrol.......suci dan bersih......
Assalamualaikummmmm
Bertemu lagi kita pada petang yang berbahagia ini ya kawan-kawan.........Kali ini mama akan menunjukkan satu lagi resepi istimewa bagaimana membuat MURTABAK KOBIS BERINTI DAGING ataupun KARIPAP KOBIS.......ya kawan-kawan, sebenarnya resepi ini adalah atas permintaan seorang adik angkat cyber mama yang mama kasihi iaitu CENGKERIK aka BUNGA LAWANG aka BUNGA CENGKIH.......eheheheh Tokeh rempah lah katakan......beliau telah kehilangan resepi ini ketika sedang mandi di Sungai Melaka. Oleh yang demikian atas kejadian tersebut beliau telah berpesan berkali-kali agar mama dapat menyumbangkan resepi ini kepadanya memandangkan beliau tak lama lagi akan mendirikan rumahtangga. Menurut CENG bakal suaminya itu sangat gemar makan karipap aka murtabak kobis...jadi sebelum mendirikan rumahtangga CENG dapatlah mempelajari semula bagaimana membuat juadah ini.....
Baiklah tanpa membuang masa mama akan menurunkan resepi ini kepada kawan-kawan semua. Oh ya....sebenarnya resepi ini telah diajarkan oleh EMAK mama iaitu BONDA AISYAH yang sangat sangat sangat mama kasihi dan sanjungi......... Murtabak Kobis ini juga sangatlah sesuai dijadikan sbagai minum petang, sarapan pagi dan sebagai hantaran pertunangan atau perkahwinan serta juga sebagai makanan sampingan di meja utama "makan berdamai"..... Dengan tidak membuang masa lagi mama akan menunjukkan cara-cara membuatnya.
1. Mula-mula sekali kita rebuskan sebiji telur sehingga benar-benar pejal.
2. Sediakan 2 labu bawang besar Seibu jari halia
5 ulas bawang putih
3. Kesemuanya ditumbuk
4. 1 kg daging lembu cincang/ayam/sardin terpulang ya mengikut kegemaran masing-masing
6. Bila hampir garing dan naik bau masukkan pula daging cincang dan masaklah sehingga airnya benar-benar kering.
7. Apabila telah masak. Angkat dan sejukkan sebentar.
8. 2 biji telur ayam dipecahkan dan dipukul seperti membuat telur dadar
9. 1kg tepung gandum
10. Majerin secukup rasa...sehingga dapat menjadi doh AMARAN: Jangan membeli apa jua brand tenusu keluaran dari BELANDA/DUTCH......JOM BOIKOT
11. Diuli dengan menggunakan mixer ataupun juga boleh diuli dengan tangan sehingga menjadi doh yang lembut...kalau dulu-dulu emak mama sering menguli menggunakan tangan....katanya lebih sedap dan mesra........RAMASMESRA
12. Lihat ya kawan-kawan...doh telahpun menjadi lembut
13. kemudian kita kepal menjadi 7 biji doh yang berlainan saiz. Eh kenapa tak sama saiz mama....tak cantiklah nanti......Ini penting...sangat penting....kerana doh yang kita balut itu menjadi semakin besar apabila kita bungkus lapis demi lapis. Jadi saiznya juga memainkan peranan yang penting. Kalau saiznya terkecil dari saiz pada lapisan yang awal maka doh menjadi tidak cukup untuk menutup bungkusan murtabak yang sebelumnya yang telah kita goreng terendam ini.

14. Doh kemudian dicanai seperti ini...disapukan kuning telur supaya telur yang kita bungkus ini akan melekat ya.....jangan terlalu tebal doh tersebut takut-takut tak masak dalam dan jangan terlalu nipis nanti bila masak dia pecah pulak....opocot bom meletup............
15. mana telur aku nie tadi....arrr nie dia......telur yang telah dikupas kulitnya diletakkan di atas doh yang telah dicanai...nampak tak??????????Telur diletakkan dalam posisi berdiri ya...jangan korang main hentam keromo je. Bungkus slow-slow.......
16. Sehingga begini...nengok nie .......ponjot atas dia nie.....
17. berdirikan dia macam nie.....
18. Panaskan periuk..jangan digoreng dalam kuali pulak. Ni kita panggil goreng terendam atau omputih kata deep frying. Makesure doh tu benar-benar terendam masa menggoreng tuh. Minyak pulak korang bolehlah menggunakan minyak masak cap saji...ehehehhe mentang-mentanglah rancangan ini dibawakan oleh SAJI...ehehehhhe minyak apa-apaun boleh asal jangan dari minyak KELUARAN DUTCH....INGAT TU KORANG KENE JOINT MAMA BERKEMPEN KITA BOIKOT BARANGAN BELANDA.....ini betul-betul tau....bukan cobaan.......Minyak tu dalam 5 kg tapi minyak tu boleh digunakan semula sebab minyak tu taklah berkeladak macam korang goreng ikan..... panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Jangan belum panas korang dah masukkan doh. Ini bukan buat epok-epok ya.....Sementara menunggu bila dah nampak hampir kuning keemasan tu korang boleh angkat. Jangan biarkan terlalu garing sebab kita akan menggoreng berulang kali.
19. Sementara menunggu doh tersebut masak kita bolehlah mengambil doh yang ke 2 pulak dan canaikan ataupun dalam istilah lain leperkan seperti dibawah ini.
20. Sapu lagi telur seperti gambarajah No. 14.
21. Taburkan daging cincang rata-rata tetapi kosongkan di tenga-tengah ya.......
22. Letakkan perlahan-lahan doh yang kita telah gorengkan sebentar tadi. Tengok JARI mama...arahan yang menunjukkan cara meletakkan doh yang kita telah gorengkan tadi secara kebawah. Maksudnya di sini bila kita membungkus doh tersebut bahagian atas yang kita kemaskan itu apabila telah masak kita letakkan secara terbalik di atas doh yang kita canaikan.
23. Kemudian kita bungkus perlahan-lahan dengan cara menarik perlahan-lahan doh agar menutupi sehingga bahagian atas tersebut.
24. nampak tak????? Ni hasilnya bila kita dah bungkus. Nampak menggerutu. Biarkan begini.
25. Sebelum menggoreng kita mampatkan agar tiada ruang udara supaya semasa menggoreng tidak pecah.
26. Dengan menggunakan 2 sudip yang lebar, kita masukkan perlahan-lahan ke dalam minyak yang panas. Api kecil dan jangan dimatikan semasa kita membuat lapisan berulang.

27. Goreng seperti ini. Jangan timbul permukaan nanti bahagian atas tak masak. Tak perlu membalik-balikkannya, sebaliknya minyak yang banyak itu kita simbah-simbahkan di atas permukaan murtabak tersebut.
28. Bila telah masak keluarkan dari periuk dengan cara begini...ULANGI proses membungkus seperti yang telah ditunjukkan sehingga lapisan yang ke 7.
29. Dan inilah hasil selepas proses yang ke 7. Biarkan sehingga murtabak ini benar-benar sejuk. Nampak tak dia tak rata macam kobis.
30. Apabila telah sejuk potong 4 seperti ini. Kalau panas tak boleh potong ke mama?....dah tak tahan nie.....kalau panas kita potong dia takkan nampak berkelopak macamnie...dia akan melekat ...ADA PAHAMMM!!!!
31. Dan seperti ini.......... pandangan dari posisi hadapan
32. Pandangan dari posisi atas.....
33. Pandangan dari posisi tepi.......
So kawan-kawan...apa macam nampak tak kelopak tuh.....????Ala-ala kelopak kobis. Sebab tulah orang panggil karipap kobis ataupun murtabak kobis.

Sila lah makan ya kawan-kawan...CENGGGGGGGGGG mana ko?????.....bayar resepi mama nie...takan nak freee aje...penat arrrr mama menaip nie........
Sekian saja lah pertemuan kita kali ini...bertemu di lain kali di masa yang sama dengan pelbagai lagi resepi istimewa dari mama.......
salam sayang dan salam mesra.........................................
Muahhhhhhhhhhhhhhh
Assalamualaikummmmmmmmmm
2 comments:
...lawa gelang ...
Salamss...
sian mama...
penat2 memasak gelang jer org nampak...
keh keh keh...
Post a Comment